Tuesday 11 October 2016

Muhasabah Laluku

Bila kita renungkan kembali kehidupan kita yang dulu kita sedar kini betapa Allah telah siapkan diri kita untuk kehidupan kita kini.. jika dulu kita tidak perlu bersusah-payah untuk berjuang hidup mungkin kita tidak sekuat kini.. Alhamdulillah... Sungguh !!! Sayang Allah pada hamba-hamba Nya mengatasi segalanya... <3 Jika kini kita merasakan diri sudah cukup kuat maka sesungguhnya kita hari ini sedang di bentuk untuk kehidupan kita yang akan datang... InsyaAllah. Allah lebih tahu.... (Inilah tinta dari sahabat yang Allah hantar untukku bagi menjawab persoalan demi persoalanku. Dahulu aku tidak mengerti. Tapi aku cuba berlapang dada & fikiran. Alhamdulillah kini Allah memberi aku sedikit kefahaman. Ku rasakan inilah pilihanku ingin kembara mencari diri. Sewaktu aku dalam di lema ingin teruskan kejar dunia dalam mengembangkan perniagaan kecil-kecilanku. Aku pilih ingin memulakan pencarianku dalam kembara hidupku.)



>>>>>>> Jika dahulu kita sering tertanya kenapa diuji begini & begitu. Senyumlah sebab di sebaliknya ada Tarbiah dari Allah. Berdoalah agar di beri kekuatan menghadapai setiap ujian dari Nya. Berdoalah agar diberi penyelesaian demi penyelesaian bagi setiap ujian yang hanya tamat bila perpisahan bernama kematian. >>>>>>> Benar kata mereka yang mendahulukan Allah dalam setiap perkara. Untuk merasai paksalah diri & jangan pernah henti DOA agar dikurniakan HIDAYAH dari Allah kerana HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH dan terlalu MAHAL. Hanya orang terpilih di pilih Allah. Jadi jangan HAIRAN bila ada manusia yang dahulunya bergelumbang segala dosa & kejahatan, bila mendapat HIDAYAH lihatlah & rasailah bagaimana hamba Allah itu bercerita tentang nikmat Allah. >>>>>>> Buang rasa malu, mulakan kembara kehidupan di universiti ciptaan Allah yang sentiasa ada ujian setiap detik. Jangan malu mengaku katakan pada diri aku sedang menuntut di Universiti Bumi Allah sebelum aku berhijrah ke fasa mahupun level seterusnya iaitu ALAM BARZAKH. Sekat segala bicara makhluk. Teruskan kembara dalam pencarian CINTA AGUNG lagi SEJATI yang KEKAL ABADI iaitu CINTA ALLAH bukan cinta Makhluk