Tuesday 11 October 2016

Muhasabah Laluku

Bila kita renungkan kembali kehidupan kita yang dulu kita sedar kini betapa Allah telah siapkan diri kita untuk kehidupan kita kini.. jika dulu kita tidak perlu bersusah-payah untuk berjuang hidup mungkin kita tidak sekuat kini.. Alhamdulillah... Sungguh !!! Sayang Allah pada hamba-hamba Nya mengatasi segalanya... <3 Jika kini kita merasakan diri sudah cukup kuat maka sesungguhnya kita hari ini sedang di bentuk untuk kehidupan kita yang akan datang... InsyaAllah. Allah lebih tahu.... (Inilah tinta dari sahabat yang Allah hantar untukku bagi menjawab persoalan demi persoalanku. Dahulu aku tidak mengerti. Tapi aku cuba berlapang dada & fikiran. Alhamdulillah kini Allah memberi aku sedikit kefahaman. Ku rasakan inilah pilihanku ingin kembara mencari diri. Sewaktu aku dalam di lema ingin teruskan kejar dunia dalam mengembangkan perniagaan kecil-kecilanku. Aku pilih ingin memulakan pencarianku dalam kembara hidupku.)



>>>>>>> Jika dahulu kita sering tertanya kenapa diuji begini & begitu. Senyumlah sebab di sebaliknya ada Tarbiah dari Allah. Berdoalah agar di beri kekuatan menghadapai setiap ujian dari Nya. Berdoalah agar diberi penyelesaian demi penyelesaian bagi setiap ujian yang hanya tamat bila perpisahan bernama kematian. >>>>>>> Benar kata mereka yang mendahulukan Allah dalam setiap perkara. Untuk merasai paksalah diri & jangan pernah henti DOA agar dikurniakan HIDAYAH dari Allah kerana HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH dan terlalu MAHAL. Hanya orang terpilih di pilih Allah. Jadi jangan HAIRAN bila ada manusia yang dahulunya bergelumbang segala dosa & kejahatan, bila mendapat HIDAYAH lihatlah & rasailah bagaimana hamba Allah itu bercerita tentang nikmat Allah. >>>>>>> Buang rasa malu, mulakan kembara kehidupan di universiti ciptaan Allah yang sentiasa ada ujian setiap detik. Jangan malu mengaku katakan pada diri aku sedang menuntut di Universiti Bumi Allah sebelum aku berhijrah ke fasa mahupun level seterusnya iaitu ALAM BARZAKH. Sekat segala bicara makhluk. Teruskan kembara dalam pencarian CINTA AGUNG lagi SEJATI yang KEKAL ABADI iaitu CINTA ALLAH bukan cinta Makhluk





Thursday 11 August 2016

Fasa Kehidupan

Umum mengetahui, fasa kehidupan bermula terlahir ke dunia. Menjadi kanak-kanak riang, melewati usia keremajaan. Meniti usia kedewasaan dan berkurangan tenaga bila usia tua mendatang. Inilah lumrah kehidupan. Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Inilah hukum kehidupan.

Kehidupan ini sungguh indah. Jika kita tidak mengenal rupa dunia sebenar. Melihat bayi yang dilahirkan terdetik cemburu di hati. Bahagia menjadi bayi kecil yang dibelai, di dodoi penuh kelembutan dan kasih sayang oleh ibu dan ayah. Bayi itu membesar dengan jayanya. Cemerlang kehidupannya. Dunia ini penuh kepalsuan.

Hati mana tidak sakit melihat derita si anak kecil yang dilahirkan lalu di buang bagai bangkai haiwan.

Kembara Diriku

Dalam aku kembara mencari diri...
Aku tidak tahu di mana hendak aku mulakan...
Semuanya menjadi persoalan...
Demi persoalan...
Sungguh aku dalam dilema..
Memilih lorong-lorong yang bersimpang di depan mata..
.
Apa yang aku cemburukan sebenarnya?
Cemburu yang menjadikan hati aku sakit...
Adakah aku cemburu nikmat dunia mereka?
Ku pujuk hati dengan katakan..
"Aku bersyukur dengan segala nikmat hidup yang aku miliki"
Pada masa yang sama..
Aku buktikan aku mampu memiliki nikmat seperti mereka...
Aku dapat seperti apa yang aku mahukan...
Tapi...
Mengapa hati ini...
Masih tidak tenang?
Tetap ada galau yang bertandang..
.
Ku tanya dalam diri..
Apa mahuku sebenarnya..
Aku ini tidak bersyukurkah?
Ku pujuk hatiku lagi..
"Jangan menjadi hamba Nya yang kufur nikmat, 
dunia ini tidak kekal. Mati itu pasti. Ya Allah! tenangkan hati ini,
sungguh aku tidak mahu menjadi hamba Mu yang dambakan dunia semata-mata. 
Aku mahu seimbang kedua-duanya sekali"
.
Hari demi hari...
Hari bersilih ganti..
Aku memikirkan..
Apa mahuku..
Apa mahuku..
Apa mahuku...
Sungguh bicara Allah itu indah...
Bicara Dia melalui Ujian Langsung ke atas aku..
Bicara Dia melalui dunia sekelilingku..
Aku terus memikirkan..
Aku terus bertanya..
Aku terusan berdoa..
Biasalah makhluk durjana "Syaitan & Iblis" itu selalu mengadu domba..
Hingga satu saat aku tersesat...
Terbuai bisikan nafsu mainan syaitan...
Hati ini bukan semakin tenang...
Semakin berprasangka...
Semakin galau...
Semakin tenat...
.
Ku pasrah..
Aku lelah..
Ku serahkan pada DIA yang menghadirkan Ujian..
Satu saat dan ketika...
Ku berserah kepada dia...
Sudah tidak ada daya lagi bagiku...
Bagiku sungguh letih berseteru dengan manusia yang berkiblatkan hawa nafsu..
.
Suasana tempat baru..
Damai sekali panggilan muazim..
Aku tahu maksud panggilan itu..
Kerna aku terlahir ISLAM..
Aku Solat Cukup Waktunya..
Aku juga puasa..
Aku juga sedekah..
Aku juga berzakat..
Aku juga beriman kepada rukun Islam & Iman...
Sungguh aku meyakini akan itu...
.
Tahun berganti tahun..
Mengapakah masih ada galau di hati ini?
Ku mohon Doa dari Dia..
Allah pemilik jasad dan rohku ini..
Aku mohon diberi petunjuk dan hidayahnya...
Maka Dia menghantar ujian-ujiannya..
Yang aku sukar tafsirkan..
Kerana aku meyakini qado & qadornya..
Dia hantar pula..
Bahasa-bahasa puitis kecintaan Dia melalui hamba-hamba Nya..
Walhal aku tahu..
Quran itu bahasa terindah tentang kecintaan DIA...
Tapi aku sukar memahami...
.
Melalui bahasa kiasan hamba-hambaNya...
Aku mulai memahami Bahasa Cinta Dia..
Hari demi hari makin terjawab..
Galau di hati ini..
Tidak tahu bagaimana ingin aku coretkan..
.
Aku ingin bermula...
Bermula kembara aku mencari cinta Dia..
Bukan aku ingin tinggalkan dunia ini..
Dunia ini juga bukti cinta Dia pada hamba Nya..
Tapi hamba Nya terlupa kepada pemberi Nikmat itu...
Tiada lafaz yang mampu ku ucapkan...
Aku perlu istiqomah dalam kembaraku kali ini..
Aku sedar ada cabang-cabang duri..
Lubang-lubang dalam..
liku-liku di sepanjang kembaraku kali ini..
.
Melalui kiasan-kiasan bahasa cinta dari hambaNya...
Ku temui...
Asas permulaan kembara kali ini...
Rukun Islam pertama ku...
Kalimah bukti keISLAMAN ku 
.
Sungguh aku jahil...
31 tahun aku melafazkan kalimah syahadah ini...
Aku merasakan aku tahu...
Tapi sebenarnya tidak...
Sungguh aku jahil...
Semakin jahil lagi jahil...
Meskipun aku belum benar memahami kalimah itu..
Terasa nikmatnya tidak mampu ku Ukirkan di catitan ini...
Setiap kali aku melafazkan 2 kalimah keagungan dan kecintaan ini..
Sungguh aku merasa kerugian hidup yang paling besar..
Sungguh indah "Syahadah Tauhid" dan "Syahadah Rasul" ini.
Ku mampu zahirkan..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailaha illallah..
Allah Hu Akhbar..
La hawla wala quwwata illa billah...
Dengan rahmat kasih sayang Mu Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Azim! Ya Karim! Ya Nuur!
Permudahkan pencarian kembaraku kalin ini..
Demi mencari kasih sayang, redha dan cinta Mu kali ini...
.
Sungguh inilah jawapan kepada kegusaran hati... 
selama hidup ku ini.


Tuesday 9 August 2016

Musafir Yang Tersesat

Renungkanlah ke dalam diri mencari makna bagi setiap persoalan yang tersirat... Perhatikan hubungan diri mu dengan Maha Pemberi Kelangsungan Denyut Nadi mu... Perhatikan hubungan diri mu dengan penghubung tercantum benih hingga dirimu terdampar di dunia ini... Perhatikan hubungan diri mu dengan sekeliling mu.. Mungkin kau rasa kau tahu.. Sebenarnya tidak... Semakin kau mencari dan menyelami diri.. Kau hanya menjumpai kejahilan demi kejahilan diri mu.. Sehingga kau rasa bertapa sakitnya.. Hingga bergetar dunia mu yang tersembunyi... Ingat... Apa pun terjadi.. Ini adalah Ujian Tuhan... Katakanlah Betapa aku gembira dengan ujian lalu... Aku yakin ada bahagian Tuhan buatku... Baru ku tersedar mengapa ... Solatlah...solatlah..solatlah.. Solat sebenar..benar solat.. Sujudlah..sebenar-benar sujud.. Taubatlah..sebenar-benar taubat.. Yakinlah sebenar-benar yakin.. Tawakallah.. sebenar-benar tawakal.. Bergantunglah..sebenar-benar pergantungan.. Berdoalah.. sebenar-benar doa.. Berusahalah.. sebenar-benar usaha.. Zikirlah..sebenar-benar zikir... Hingga terlahir satu nikmat.. Hingga terdetik rasa yang tidak mampu dilafazkan... Lihatlah semangatmu untuk duniamu... Demi destinasi sebenarmu... Mohonlah rahmat & kasih sayang dari Nya... Pasti terjawab segala persoalan dirimu.. Kerana aku dan kamu hanyalah. Musafir di bumi yang fana ini.. Berdoalah agar pengakhiran cerita dunia fana ini tetap dengan kalimah... LAILLAHAILLALLAH....


Friday 3 June 2016

Jangan FIKIR kita HEBAT!BAIK! sebab SYAITAN itu???????


Assalammualaikum.

Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.

Hari ini, ramai orang bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan. Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.


Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblislaknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat. Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya. Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisiAllah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabatkita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka. Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.  Ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya.

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..moga BERMANFAAT.

Berikut...juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:**********Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:*********Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atauayat qursi.

Ketiga:*********Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:***********Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:*********Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiaphari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:**********Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:*********Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun..

Wallahu alam

Thursday 2 June 2016

MERAWAT HATI - TEKNIK ZIKIRULLAH + Mengenal Maqam Sholat Da’im..

Aku bakal Si Ahli Kubur mengharapkan pembaca yang membaca tidak melabelkan aku ini macam-macam. Ini adalah usaha aku untuk peringatan diri aku sendiri & jika bermanfaat ambillah. Niatku ingin mendidik HATIKU agar sifat MAZMUMAH mampu aku SINGKIRKAN. Semoga ILMU yang mereka kongsikan di group whatsapp "Ilmu Maghrifah" , aku simpan di blog ku ini. Aku ambil yang aku rasa perlu dan aku mampu. Untuk lebih-lebih aku sekadar membaca sepintas lalu. 

Dan sangat benar, dalam mencari ILMU carilah GURU & HADIRILAH KULIAH-KULIAH AGAMA SERTA DENGARLAH melalui kecanggihan TEKNOLOGI. FOKUS & NAWAITU adalah IKHTIAR untuk KHUSYUK SOLAT sebab SOLAT perkara PERTAMA yang di hisab setelah MATI barulah lain-lain amal sebagai tampungan bekalan seperti yang aku tulis sebelum ini. Jika salah itu semua salahku. Yang baik itu semuanya dari Allah. Aku bakal Si Ahli Kubur menulis atas apa aku rasa.

☘ZIKIRULLAH AL IKHLAS.☘

Didalam amalan zikir pernafasan dan keruhanian al Ikhlas ini ada 4 latihan pernafasan dan keruhaniannya.

🍁Pertama zikir syariat.
Mata dipejam,ditarek nafas hingga kedada dan tahan nafas kemudian dikempiskan perut seketika kemudian diturunkan nafas kedada dan keraskan perut dan tahan nafas.
Didalam masa itulah kita mula berzikir didalam barisan pertama surah al ikhlas.

☘Bismillahi Rohmaa Nirrahiim.
"Qulhu Allahu Ahad" disebut didalam hati berulang ulang(berserta penghayatannya).
Inilah yg dikatakan untuk mendapatkan KETETAPAN. (ketetapan Tauhid didalam hati)

🌷Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya umurku ditangan Allah swt.
"Qulhu Allahu Ahad" berada di atas sayap Malaikat jibrail as.

☘Kedua zikir Tarekat.
Mata dipejam dan perbuatannya sama seperti di atas."Allahu Somad" berulang2.Dan ini untuk MEMBENARKAN Allah dihati.

"Allahu somad" berada di atas sayap Malaikat Mikail as.

☘Ketiga zikir hakikat.
Mata dipejam,ditarek nafas hingga kedada kemudian tahan nafas sambil itu kempiskan perut seketika,kemudian turun semula kedada dan tahan nafas.disebut didalam hati "Lamyalid walamyulad". perbuatan ini adalah MENYUNGGUHKAN LAGI DIDALAM HATI.

"Lamyalid walamyulad" berada di atas sayap Malaikat isrofil as.

☘Ke empat zikir makrifat.
Mata dibuka dan memandang kehadapan.
sebutkan dihati 
"walam yakullahu kufuwan Ahad" 3x sahaja,kemudian baru lah di tarek nafas sampai ke dada kemudian kempiskan perut dan tahan nafas.bilang saja tasbih ditangan..setakat mana kita mampu tahankan nafas.di ulang2 perbuatan ini sehingga habis zikirnya 3333x atau 6666x. dan inilah jalan kerja PENYERAHAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT.

'Walamyakullahu kufuwan Ahad" di atas sayap malaikat Izrail as.

🐾Diamalkan secara istiqomah,dlm latihan2 zikirullah ini ada kaitannya didalam solat.
Kerana didalam solat inilah jalannya mikraj Ruhani mengadap Robbul jalal dgn kenderaannya iaitu Nafas.Didalam takbiratul ihram mata kita memandang kehadapan.(melihat akan wajah Allah) inilah latihan zikir makrifat (memandang). 

🐾Baru kita katakan Lafasan ALLAH AKHBAR. dan kita sebut didalam doa iftitah,wajahtu wajhiyah.kerana telah memandanglah baru kita sebut.Maka berkata2lah kita didepanNya,mengadu padaNya dan mengaku kepadaNya didalam tahiyat"Ashadu anla ilaha ilallah wa ashadu anna Muhammad darasulullah".

🍁Begitu juga didalam keadaan Nazak.kita akan menyaksikan orang yg sedang nazak nafasnya bergelombang diperut,kemudian terhenti diperut,lalu dada pula bergelombang akhirnya terhenti,dan saat itu nafas telah mula berada di kerongkong..dan akhirnya nafas yg terakhir adalah satu tarekan nafas yg panjang lalu hembusan yg terakhir yg memberhentikan degupan jantung.."Inna lillahi wainnailaihirohjiuun" maka terbujur kaku keadaan jenazah itu didalam keadaan perutnya kempis dada mengembang,mata terbuka..itulah saat kembalinya orang2 yg beriman.

🌺Kupas kembali apabila kita memandang keadaan jenaazah itu.

Sama atau tidak keadaan zikirullah yg saya terangkan seperti di atas, jalannya seperti orang yg sedang nazak ? sama atau tidak keadaan zikir itu dgn keadaan ketika didalam solat? dan keadaan setelah kematian seorang anak adam?
perut kempis,mata terbuka,dadanya kembang?

💐Maka jika ingin mencari jalan kembali seorang anak cucu adam kepada KeRahmatan lil'alamiin.

☘Maka carilah ilmu zikir pernafasan dan keruhanian.☘

INI AMALAN ZIKIR PANCARAN TENAGA INSAN- MEMANCARKAN NUR QALBI DARI HASIL PEMYUCIAN HATI DATANGNYA DARI TENAGA ILLAHI AGAR MENJADI INSAN YG KASIHKAN ALLAH DAN RASULNNYA SERTA TEGAS DIDALAM AGAMA.


Pada kesempatan kali ini, akan dipaparkan adab berzikir dan tata cara zikir dengan harapan agar kita mendapatkan pengetahuan bagaimana berdzikir yang khusyuk agar kita bisa bertemu Allah SWT.

1. Membaca lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH. Artinya: Tiada Tuhan selain Allah. Zikir ini disebut zikir NAFI ISBAT. Paling tidak dibaca 100 kali setiap hari terutama dibaca setelah sholat fardhu. Khususnya setelah Maghrib, Isya dan setelah sholat subuh. Lafaz ILLA ALLAH ini disebut Isbat yang artinya pengecualian atas segala sesembahan kecuali hanya Allah SWT.

2. Membaca lafaz ALLAHU. Zikir ini disebut ISMU AL-ASMA, dibaca sebanyak 33 kali sehabis sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.

3. Membaca lafaz zikir HUWA ALLAH. Zikir inilah yang disebut sebagai zikir GHAIB AL ISMI. Zikir ini dibaca setiap hari sebanyak 33 kali, setelah sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.

4. Membaca zikir HUWA, HUWA. Zikir ini disebut sebagai zikir GHAIB AL GHAIB. Zikir ini dibaca sebanyak 34 kali setelah sholat fardhu, sehingga jumlahnya (total item 2,3,4) sebanyak 100 kali.

Adapun gerakan dalam melafazkan zikir NAFI ISBAT tersebut haruslah mengikuti aturan sebagai berikut:

1. Ketika membaca lafaz LA, maka dengan gerakan kepala, lafaz LA tersebut dimulai dari bahu kiri menuju ke bawah ke arah perut, kemudian diputarkan mengelilingi tali pusat lalu diteruskan ke arah atas menuju bahu kanan;

2. Pada waktu berada di bahu kanan itulah lafaz ILAHA diucapan sambil kepalanya dimiringkan ke arah belikat kanannya;

3. Sambil kepala ditekan ke arah hati sanubarinya, lafaz ILA ALLAH diucapkan dengan penekanan pada sudut kiri bawah dada.


 Mengenal Maqam Sholat Da’im..

Sholat Da’im boleh ditakrif kan atau diartikan sebagai sholat yang terus-menerus tanpa putus walaupun sesaat dalam masa hidupnya seorang Salik, 

~
cara nya adalah berusaha menyempurnakan penyaksian diri sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap saat seperti firman Allah yang artinya :
~

” YANG MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SHOLAT” ( Al-Makrij : 23).
~
Di dalam sholat tugas kita adalah menumpahkan segala perhatian  mata batin untuk menyaksikan  diri batin, dan telinga batin juga menumpah kan sepenuh perhatian nya kepada setiap bacaan yg dibaca oleh angota zahir dan batin kita disepanjang mengerjakan sholat tanpa mengalihkan perhatian kearah lain. (Inilah bakal si ahli kubur seperti aku GAGAL lakukan. Sebab macam-macam teringat. 5 minit sahaja. Mungkin manusia yang melihat macam sempurna gerakan rukunku, hakikatnya Allah sahaja tahu apa aku rasa.)

~
Adapun Sholat yang 5 waktu adalah merupakan latihan peringkat awal untuk melatih diri kita supaya dapat menyaksikan diri batin kita yang menjadi rahasia Allah Taala… (Berpuluh-puluh tahun aku bakal si ahli kubur sujud, sukar untuk merasai KHUSYUK. Maka itu aku sering tertanya & berdoa agar aku di permudahkan urusan kehidupan di dunia lebih-lebih lagi solatku. Aku ingin merasai kualiti solatku)
~
setelah sanggup membuat penyaksian diri diwaktu kita menunaikan sholat, maka hendaknya kita melatih diri kita supaya dapat menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita dalam waktu dua puluh empat jam atau disepanjang hayat kita,

~
Itulah sebabnya kita diwajib kan mengucapkan Syahadat.

~
Pada maqam ini kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahasia Allah itu pada setiap saat di dalam waktu 24 jam sehari semalam.

~
untuk mempraktekkan penyaksian tersebut, maka kita haruslah mengamalkan sholat da’im dalam hidup kita seharian seperti yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah saw, nabi-nabi dan wali wali yang agung.

~
Diantara syarat syarat untuk mendapatkan maqam sholat da’im ini adalah sebagai berikut :

~
1- Hendaklah memahami dan berpegang teguh dengan hakekat (melakukan zikir nafas),

~
2- haruslah terlebih dahulu berhasil mendapat NUR QALBU yaitu hati nurani.
~

3- Telah mengalami proses pemecahan wajah KHAWAS FI AL KHAWAS,
~

4- Juga memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenarnya SYUHUD AL-HAQ,

~
Untuk mengamalkan dan mendapatkan maqam sholat da’im ini seseorang itu harus lah memahami pula peringkat awalnya tentang hakekat melakukan zikir nafas yaitu tentang gerak-geriknya : zikirnya.. lafaz zikirnya… letaknya.. dan sebagainya..,

~
Olehh karena itu amalkanlah zikir nafas itu dengan sungguh sungguh supaya kita mendapat QALBU yaitu pancaran Nur di dalam jantung kita yang menjadi sentral pemancar kepada makrifat untuk me-makrifat-kan diri kita dengan Allah Taala.

~
Sesungguhnya hanya dengan zikir nafas sajalah gumpalan darah hitam yang menjadi istana iblis di dalam jantung kita akan hancur setelah itu baru terpancarlah NUR-QALBU dan kemudian terpancarlah pula makrifah hingga sesorang itu memakrifatkan dirinya dengan Allah Taala dan dapatlah sang diri rahasia Allah yang menjadi diri batin kita membuat hubungan dengan diri ZATUL HAQ Tuhan Semesta Alam.

~
Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat berperingkat, diperingkat awal melalui sholat 5 waktu 

~
Pada masa proses penyaksian diri ini seseorang akan mengalami satu proses membebaskan diri batin (KHAWAS FI KHAWAS) dari jasad dan dengan itu maka sesorang itu akan dapat melihat wajah kesatu sampai dengan wajah kesembilan yaitu martabat yang paling tinggi… 

~
Bila seseorang salik berjaya pada fasa pemecahan wajah ini maka ia akan dapat membuat suatu penyaksian yang sebenarnya pada setiap saat dimasa hidupnya… pada masa beribadah (acara sholat), ataupun keadaan biasa.
~
Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat martabat BAQA BILLAH yaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran, penglihatan, perasaan dan sebagainya,dan pada tahapan ini mereka adalah seperti orang awam dan sulit untuk kita mengetahui derajat dirinya dengan Allah Taala..

~
Umumnya mereka yang mencapai maqam sholat da’im dapat kembali kehadirat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tanpa terpisahkan diantara satu sama lainnya, 

~
Mereka dapat memilih apakah hendak mati (meninggal) atau hendak ghaib….
~
Semoga Allah membimbing Kita semua 
~
Wassalam.


 Menurut pandangan ilmu makrifat, ganjaran syurga, pahala atau peringatan azab neraka itu, bukan boleh mendekatkan diri kepada Allah, malahan lebih bertambah jauhnya diri dari Allah. Bila beramal nampak syurga, bererti kita kehilangan dari nampak Allah. Bila beramal melihat pahala, bererti pandangan terhadap Allah, semakin kabur, pudar, hilang malahan akan menyebabkan bertambah jauh dari ingat kepada Allah.

Bila hati asyik ingat kepada pahala atau syurga, bila masa nak ingat Allah!. Bila hati asyik ingat takut kepada azab neraka, bila masa nak ingat Allah!. Bila hati asyik ingat selain Allah, bila masa hendak ingat Allah!. Ingat kepada yang selain dari Allah, menyebabkan ingatan kepada Allah akan terhalang.

Tentang pahala syurga atau neraka itu, biarlah kita serah kepada Allah yang menentukannya. Jika kita harapkan hanya Allah, soal syurga neraka sudah tidak lagi menjadi idaman dan tidak lagi menjadi tarikan hati.

Terima kasih diatas semua perkongsian ilmunya disini...


Aamiin Ya Allah.. "

(Copy & Paste : ZZ)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ILMU yang mereka kongsikan kepada aku. Aku juga belum memahami. Tapi ini ku rasakan getaran Allah yang menggerakkan mereka kerana aku TERCARI-CARI bagaimana CARA untuk  aku menikmati NIKMATNYA SOLAT itu.


Jujur ku katakan. Aku tahu solatku. Nampak sempurna gerakannya. Maka itu dalam penilaian manusia aku dapat A++++. Aku belajar Solat sewaktu aku kecil lagi. Ada ujian-ujian yang harus aku jawap dari segi teori dan perlaksanaan solat. Sebelum bersolat, harus sempurnakan wudhuk. Alhamdulillah kini aku berusia 30 tahun, tiba-tiba aku terfikir andai aku mati bagaimana amalan aku selama ini? Bukan aku tidak tahu ramai sahaja manusia lain yang diberikan HIDAYAH tentang ISLAM. 

Kemudian aku mula bertanya kepada diri dan aku akui BENARLAH ISLAM AKU SECARA KETURUNAN. ILMU PENGETAHUAN SOLATKU aku belajar atas dasar KEWAJIPAN. Aku tahu BERDOSA kalau TINGGAL SOLAT. Aku belajar sebab AKU ISLAM. Betul aku tahu KHASIAT @ KELEBIHAN SOLAT WAJIB dan SOLAT SUNAT LAIN. Ya aku akui aku pernah melakukan SOLAT SUNAT YANG LAIN. Ya banyak aku dengar hadits yang disampaikan, yang aku baca. Ya aku hadiri majlis ILMU & KULIAH agama baik di MASJID/SEMINAR ataupun aku mendengar dan menonton di media elektronik. Maka aku simpulkan aku ini barangkali sekadar tahu tapi tidak ambil tahu dengan serius dan kurang kepedulian.

Ya aku ketahui cuma aku rasa ADA YANG KURANG DI HATI INI. Aku punyai segalanya. Bila aku resah masa ku di atas Sejadah tempat SUJUDKU sedikit lama. Ku sentuh Al-Quran. Ku pejam mata, ku peluk Al-Quran. Aku terasa sesuatu menyentuh jiwa. Ku kucup Al-Quran itu, yang satu tika dahulu aku selalu membacanya meskipun aku tak paham apa-apa. Selalu aku berdoa kepada DIA ALLAH "tunjukilah aku jalan yang lurus" kerana aku takut "andai kematianku menjadi sia-sia". Lewat perjalanan waktu aku tersedar aku ini terlalu kejar akan dunia. Aku ini rupanya mementingkan penilaian manusia. 

Terdampar aku dalam group perkongsian ILMU berunsur keagamaan yang lebih kepada mendidik jiwa. Group yang banyak ustaz dan ustazah yang punyai ILMU tersendiri anugerah Allah. Masaku banyak aku habiskan dengan rancangan mendidik jiwa. Aku sekadar baca. Aku sekadar melihat dan mendengar. Sebab aku juga sibuk dengan urusan dunia. Lama-lama aku rasa HATI aku BERGETAR. Makin buat aku tertanya-tanya. Makin buat aku cemburu kepada perkongsian & mereka yang bukan ISLAM mendapat HIDAYAH. PEMAHAMAN + ILMU SOLAT + PERLAKSANAAN SOLAT mereka jauh lebih bagus dari apa yang aku lakukan selama hidup ini. 

Aku benar-benar terpukul bila membaca hakikat SOLAT AMALAN PERTAMA YANG DIHISAP. Sebab aku tahu tahap pengertian khusyuk solatku. Hakikatnya untuk menyempurnakan 5 minit terasa bebanan yang sukar untuk FOKUS. Kerana TAKUT AKAN DOSA, aku tetap TERUSKAN KEWAJIPANKU. Saat aku menulis kala ini, PEMBELAJARAN SOLATKU YANG SEBENAR-BENAR SOLAT terasa SUKAR meraih rasa KHUSYUK. Tapi kata mereka yang lebih arif BERUSAHALAH kerana ALLAH yang akan menilai USAHA & IKHTIAR AKU. Lakukan kerana LILLAHITAALA. Ya tersangat SUKAR aku akui. Selagi aku BERNYAWA, ALLAH akan tetap menilai aku. Maka aku berdoa agar aku terus ISTIQOMAH dalam memahami SOLAT AKU SELAMA INI. Benar aku ingin merasai KHUSYUK YANG SEBENAR KHUSYUK. 



Ya BETUL ILMU SOLAT yang aku ketahui mungkin sekadarnya. Aku rasa aku kurang PENGERTIAN SOLAT ITU SENDIRI. Maka sebab itu aku mula bertanya ke dalam diri. Apa MAHU ku. Mungkin SOLATKU selama ini hanya kadang-kadang meresapi jiwa. Bila aku mula mencari KENAPA AKU SOLAT? AKU TERASA DIRI SEMAKIN JAHIL. TERASA MAKIN BERDOSA. TERASA TERLALU BANYAK NIKMAT ALLAH YANG AKU DUSTAKAN. Terlalu banyak SIFAT MAZMUMAH dalam HATI aku ini.

Terima kasih kepada para saudara seagama yang berkongsi tidak kira video, suara mahupun tulisan. Doakan aku BERJAYA ISTIQOMAH dalam MENDIRIKAN SOLAT & MERASAI NIKMATNYA SOLAT SEBENAR-BENAR SOLAT.

PENDARAHAN HATI - ( samb. bah 1. MACAM SEMPURNA ! TAPI TAK SEMPURNA)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Entry ini lebih panjang. Semoga kita memikirkan. Aku bakal Si Ahli Kubur tak pandai sangat pun. Banyak dosa bergunung ganang.

Selalunya sebelum aku SOLAT, perlakuan aku selama ini MEMANGLAH KENA ADA WUDHUK & memanglah aku NIAT nak mendirikan SOLAT. Kemudian aku menghadap arah KIBLAT sambil berdiri tegak. Aku cakap "Usolli...... lillahhitaala": Kemudian aku angkat TAKBIR mulut aku sebut "Allahhu Akhbar" dengarlah kat cuping telinga aku dan hati aku cakap terjemahan"Sahaja aku......... kerana Allah Taala" (seiring dengan perbuatan anggota tangan aku macam yang aku belajar - kemudian tangan aku qiam). Ikut rajin akulah. Kadang-kadang aku baca DOA IFTITAH. Yang pasti BACA AL-FATIHAH WAJIB. Aku buatlah sampai sudah. Kadang-kadang aku zikir sampai habis ayat qursi baru aku ubah cara duduk aku. Tapi kadang-kadang aku istifar 3 x aku terus BERDOA. Yang aku tahu, SAH SOLAT ikut 13 RUKUN, Bab yang sunat-sunat (tak buat tak berdosa pun, buat dapat pahala). Huhu... 



Macam gambar di bawah inilah yang aku belajar 13 Rukun, Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah. Pergerakan semua sama. Kecuali Solat Subuh 2 rakaat (ada Doa Qunut - selepas rukuk rakaat kedua sebelum sujud masa berdiri aku angkat tangan baca Doa Qunut. habis Doa Qunut aku terus Sujud). Nak menulis tidak pandai. Tapi aku memang ikut cara solat yang aku belajar. Kalau boleh buat sahaja semua bacaan. Tak was-was sudah. Pastikan pergerakan yang rukun itu sempurna. 

Niat Solat Fardhu ikut imam/makmum/sendiri

Niat -WAJIB/RUKUN

TakbiratulIhram - WAJIB/RUKUN

Sunat Hai'ah - Buat dapat pahala sunat. Tak buat pun tak apa.

Al-Fatihah - WAJIB/RUKUN

Pergerakan  RUKUK (WAJIB/RUKUN), Bacaan RUKUK (Sunat Hai'ah)
Pergerakan I'TIDAL (WAJIB/RUKUN), Bacaan (Sunat Hai'ah)

Pergerakan Sujud (2x-WAJIB/RUKUN), Bacaan SUJUD (Sunat Hai'ah)
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Sunat Hai'ah
Pergerakan (Sunat Ab'Ad), Bacaan (Sunat Hai'ah)
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Tahiyat Akhir (Wajib/RUKUN), Bacaan Selawat Nabi (WAJIB/RUKUN), Bacaan Selawat ke atas Keluarga Nabi hingga akhir (Sunat)
Pergerakan Salam Pertama (WAJIB/RUKUN)

Bacaan masa solat Subuh ( Sunat Ab'Ad)

TERTIB


Umumnya aku bakal si Ahli Kubur mengetahui 13 rukun Solat. Cuba kita tanya diri BENAR-BENAR MEMAHAMIKAH 13 rukun ini? Tahukah dalam 13 rukun ini ada pembahagian rukun?? Kenalkah yang mana RUKUN dan SUNAT? Ini baru perkara ASAS SOLAT yang WAJIB DIKETAHUI. Belum lagi bacaan di dalam solat. Apatah lagi memahami apa yang dilafazkan (Bahasa Arab) dalam erti kata TERJEMAHAN BAHASA ARAB ke BAHASA MELAYU. Syarat sah Solat????

JANGAN PERNAH BILANG LUPA.............. TAK INGAT.... HIDUP DAH BERAPA LAMA... 1 HARI 5 WAKTU SOLAT WAJIB.... BELUM LAGI SOLAT SUNAT YANG LAIN... NASIB SOLAT ITU MASIH DIKERJAKAN. BAGI YANG TERUS TINGGALKAN????? JANGAN BERI ALASAN GANGGUAN SYAITAN... ITU ADALAH FITRAH PERJANJIAN SYAITAN DENGAN ALLAH.. SYAITAN AKAN BUAT KERJA SYAITAN... KITA BUAT KERJA KITA.... BUKTIKAN KESUNGGUHAN KITA DALAM MENGEJAR REDHA DAN CINTA ALLAH. ALLAH PASTI BANTU...... ORANG LAIN TIADA HAK BUAT PENILAIAN KITA. SEBAB SEMUANYA AKAN ALLAH NILAI. BUMI INI UJIAN BUAT MANUSIA. LULUS ATAU GAGAL TUNGGULAH DI HARI KEBANGKITAN SEMULA... GANJARAN SYURGA ATAU NERAKA.

TAHNIAH!!!!!
Bagi bakal-bakal AHLI KUBUR dapat menghuraikan lagi memahami KOMBINASI ASAS SOLAT + BACAAN + MEMAHAMI. Hasilnya yang diperolehi hanya DIRI SENDIRI yang MERASAInya.

Dalam aku si Ahli Kubur tersentak dengan perkongsian ustazah, yang aku masih samar-samar. Tiba-tiba ada ustaz yang berkongsi info di Group whatsaap tentang SOLAT JUGA tapi ILMU SOLAT yang lebih TINGGI. Aku  bakal si ahli kubur rasa Alhamdulillah. Aku dapat pengetahuan baru.  Betul lagi benar... SEMUA INI TIDAK MUDAH. Tapi berusahalah untuk PERBAIKI PERKARA UTAMA YANG DIHISAB IAITU SOLAT. Lain-lain AMALAN juga PENTING. Betul memang tidak MUDAH. Banyak HALANGAN. Kembali kepada HAKIKAT KEHIDUPAN. HIDUP INI UJIAN. DUNIA ini tempat BUAT AMAL. SEIMBANGKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT. Menulis nampak mudah, TAPI PERLAKSANAAN sebagai BUKTI??????????????

Semoga AKU KUAT lagi BERTABAH, semoga ALLAH bantu aku dan kamu...... dalam proses pulang bertemu Allah dan Rasullullah.