Thursday, 2 June 2016

PENDARAHAN HATI - ( samb. bah 1. MACAM SEMPURNA ! TAPI TAK SEMPURNA)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Entry ini lebih panjang. Semoga kita memikirkan. Aku bakal Si Ahli Kubur tak pandai sangat pun. Banyak dosa bergunung ganang.

Selalunya sebelum aku SOLAT, perlakuan aku selama ini MEMANGLAH KENA ADA WUDHUK & memanglah aku NIAT nak mendirikan SOLAT. Kemudian aku menghadap arah KIBLAT sambil berdiri tegak. Aku cakap "Usolli...... lillahhitaala": Kemudian aku angkat TAKBIR mulut aku sebut "Allahhu Akhbar" dengarlah kat cuping telinga aku dan hati aku cakap terjemahan"Sahaja aku......... kerana Allah Taala" (seiring dengan perbuatan anggota tangan aku macam yang aku belajar - kemudian tangan aku qiam). Ikut rajin akulah. Kadang-kadang aku baca DOA IFTITAH. Yang pasti BACA AL-FATIHAH WAJIB. Aku buatlah sampai sudah. Kadang-kadang aku zikir sampai habis ayat qursi baru aku ubah cara duduk aku. Tapi kadang-kadang aku istifar 3 x aku terus BERDOA. Yang aku tahu, SAH SOLAT ikut 13 RUKUN, Bab yang sunat-sunat (tak buat tak berdosa pun, buat dapat pahala). Huhu... 



Macam gambar di bawah inilah yang aku belajar 13 Rukun, Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah. Pergerakan semua sama. Kecuali Solat Subuh 2 rakaat (ada Doa Qunut - selepas rukuk rakaat kedua sebelum sujud masa berdiri aku angkat tangan baca Doa Qunut. habis Doa Qunut aku terus Sujud). Nak menulis tidak pandai. Tapi aku memang ikut cara solat yang aku belajar. Kalau boleh buat sahaja semua bacaan. Tak was-was sudah. Pastikan pergerakan yang rukun itu sempurna. 

Niat Solat Fardhu ikut imam/makmum/sendiri

Niat -WAJIB/RUKUN

TakbiratulIhram - WAJIB/RUKUN

Sunat Hai'ah - Buat dapat pahala sunat. Tak buat pun tak apa.

Al-Fatihah - WAJIB/RUKUN

Pergerakan  RUKUK (WAJIB/RUKUN), Bacaan RUKUK (Sunat Hai'ah)
Pergerakan I'TIDAL (WAJIB/RUKUN), Bacaan (Sunat Hai'ah)

Pergerakan Sujud (2x-WAJIB/RUKUN), Bacaan SUJUD (Sunat Hai'ah)
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Sunat Hai'ah
Pergerakan (Sunat Ab'Ad), Bacaan (Sunat Hai'ah)
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Tahiyat Akhir (Wajib/RUKUN), Bacaan Selawat Nabi (WAJIB/RUKUN), Bacaan Selawat ke atas Keluarga Nabi hingga akhir (Sunat)
Pergerakan Salam Pertama (WAJIB/RUKUN)

Bacaan masa solat Subuh ( Sunat Ab'Ad)

TERTIB


Umumnya aku bakal si Ahli Kubur mengetahui 13 rukun Solat. Cuba kita tanya diri BENAR-BENAR MEMAHAMIKAH 13 rukun ini? Tahukah dalam 13 rukun ini ada pembahagian rukun?? Kenalkah yang mana RUKUN dan SUNAT? Ini baru perkara ASAS SOLAT yang WAJIB DIKETAHUI. Belum lagi bacaan di dalam solat. Apatah lagi memahami apa yang dilafazkan (Bahasa Arab) dalam erti kata TERJEMAHAN BAHASA ARAB ke BAHASA MELAYU. Syarat sah Solat????

JANGAN PERNAH BILANG LUPA.............. TAK INGAT.... HIDUP DAH BERAPA LAMA... 1 HARI 5 WAKTU SOLAT WAJIB.... BELUM LAGI SOLAT SUNAT YANG LAIN... NASIB SOLAT ITU MASIH DIKERJAKAN. BAGI YANG TERUS TINGGALKAN????? JANGAN BERI ALASAN GANGGUAN SYAITAN... ITU ADALAH FITRAH PERJANJIAN SYAITAN DENGAN ALLAH.. SYAITAN AKAN BUAT KERJA SYAITAN... KITA BUAT KERJA KITA.... BUKTIKAN KESUNGGUHAN KITA DALAM MENGEJAR REDHA DAN CINTA ALLAH. ALLAH PASTI BANTU...... ORANG LAIN TIADA HAK BUAT PENILAIAN KITA. SEBAB SEMUANYA AKAN ALLAH NILAI. BUMI INI UJIAN BUAT MANUSIA. LULUS ATAU GAGAL TUNGGULAH DI HARI KEBANGKITAN SEMULA... GANJARAN SYURGA ATAU NERAKA.

TAHNIAH!!!!!
Bagi bakal-bakal AHLI KUBUR dapat menghuraikan lagi memahami KOMBINASI ASAS SOLAT + BACAAN + MEMAHAMI. Hasilnya yang diperolehi hanya DIRI SENDIRI yang MERASAInya.

Dalam aku si Ahli Kubur tersentak dengan perkongsian ustazah, yang aku masih samar-samar. Tiba-tiba ada ustaz yang berkongsi info di Group whatsaap tentang SOLAT JUGA tapi ILMU SOLAT yang lebih TINGGI. Aku  bakal si ahli kubur rasa Alhamdulillah. Aku dapat pengetahuan baru.  Betul lagi benar... SEMUA INI TIDAK MUDAH. Tapi berusahalah untuk PERBAIKI PERKARA UTAMA YANG DIHISAB IAITU SOLAT. Lain-lain AMALAN juga PENTING. Betul memang tidak MUDAH. Banyak HALANGAN. Kembali kepada HAKIKAT KEHIDUPAN. HIDUP INI UJIAN. DUNIA ini tempat BUAT AMAL. SEIMBANGKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT. Menulis nampak mudah, TAPI PERLAKSANAAN sebagai BUKTI??????????????

Semoga AKU KUAT lagi BERTABAH, semoga ALLAH bantu aku dan kamu...... dalam proses pulang bertemu Allah dan Rasullullah.






No comments:

Post a Comment