Wednesday 1 June 2016

TIKAMAN HATI - Oh! Solatku - Andai AKU MATI?

Wahai Ahli Kubur! Berapa lamakah kau sudah hidup di atas muka bumi Allah? Bukankah kau tahu ahli kubur akan cerita kematian itu adalah BENAR! Syurga & Neraka itu juga BENAR! Banyak kau tahu akan KEBENARANNYA. Di manakah PEMBUKTIANMu serta PERSEDIAANMu untuk BERTEMU ALLAH. 

Ingat Ahli Kubur! KEMATIAN mu itu
PASTI! PASTI! PASTI! 
SAATNYA tinggal ??????

RENUNGKANLAH persediaan kamu Ahli Kubur.. Usah kau risau perihal 3 amalan yang di bawa bersama ketika KEMATIAN. Meskipun kau patut risau akan AMAL JARIAH KETIKA HIDUP MU, DOA ANAK YANG SOLEH dan ILMU YANG BERMANFAAT. Sesungguhnya 3 amalan ini HANYA ALLAH YANG BERHAK MENILAI. Andai TAKDIRMU ahli kubur bukan seorang berharta, hidupmu merempat umpama gelandangan, tidak tertakdir pasangan hidup apatah lagi akan rezeki zuriat keturunanmu, apatah lagi ilmu seperti orang bijak pandai.

NILAIAN manusia itu AMAL JARIAH itu NAMPAK di MATA KASAR SEMATA-MATA, di mana datangnya? DOA pasti WAJIB punyai KETURUNAN, ILMU itu seperti pekerjaan GURU. Jangan kau BERSEDIH ahli kubur, kerana  ketiga-tiga jenis bekalan ini KONSEP BEGITU LUAS LAGI TERSIRAT.

Ahli Kubur usah kau risau, andai kau lakukan sesuatu niatlah segalanya kerana ALLAH pasti itu juga tertulis sebagai amal jariah mu atas muka dunia. Itu juga bekalan persediaanmu. Perihal zuriat itu usah kau bersedih. Sudah ada janji Allah untuk mu. Sabarlah ikhlaskan hidupmu dalam menerima ujian dari Allah. Tentang ILMU itu, ILMU ALLAH itu luas. Andai kau beri manfaat pada insan lain pasti tertulis ganjaran buat mu.

PERKARA UTAMA YANG HARUS KAU RISAUKAN lagi TAKUTI WAHAI AHLI KUBUR tentang PERIHAL.....

SOLATMU! 
SOLATMU! 
SOLATMU! 
Mengapa SOLAT ahli kubur? 
KERANA SOLAT ADALAH PERKARA PERTAMA YANG ALLAH AKAN HISAB BILA ROHMU DIPANGGIL PULANG. BARULAH LAIN-LAIN AMAL KEBAIKAN DI SEPANJANG KEHIDUPANMU.

FIKIRKANLAH....
 BAGAIMANAKAH SOLAT KAU SELAMA INI AHLI KUBUR.
SOLATKU……?????????????
SOLATKU……????????????
SOLATKU…….??????????????

BARANGKALI DALAM NILAIAN MANUSIA, KESEMPURNAAN GERAKAN ANGGOTA DAN KESEMPURNAAN RUKUNKU ITU ADALAH TERTIB.
Kerana itu, dalam program amali solat A++ milikku. Oh SOLATKU!!
KEJAHATAN PALING HEBAT DALAM DIRI. PENCURI PALING HEBAT DALAM DIRI
SEHARUSNYA SAAT AKU MENGANGKAT TAKBIR "ALLAHHUAKHBAR" SAAT INI SEHARUSNYA TERPUTUSNYA URUSAN DUNIAKU. SAAT INI ADALAH TEMUJANJI KU DENGAN DIA PENCIPTA ROH DAN JASADKU. DI MANA RASA KERENDAHAN HATI DAN KETAKUTAN DIRIKU.
DI MANA?
DI MANA?
DI MANA?
BUKTI KEIMANAN & KETAQWAAN AKU KEPADA DIA ALLAH
SUNGGUH AKU HAMBANYA YANG PENUH DOSA


Saat aku menulis ini, HATI ini merasa SAKIT. Air mata ini berjujuran. Lidah ini kelu.. ku mampu lafaskan ALLAH! ALLAH! ALLAH! Aku ahli kubur yang penuh dosa. Aku orang yang munafik selama ini. Aku pencuri terhebat di dunia ini. Terlalu banyak DOSA-DOSA ku. Baru kini aku renungi ke dalam diri. Hanya mengenai CERITA SOLATKU. Bagaimanakah CERITA AMALANKU yang lain??? ALLAH! ALLAH! ALLAH! Bantulah aku yang lemah ini....

Ini adalah amalan pertama yang Allah akan hisab dariku, sebelum amalan-amalan lain. Jika solatku ada cacatnya, apatah lagi amalan yang lain pasti ada kekurangnya.

Andai dalam kehidupan ini aku bukan orang yang berharta,  tidak punya zuriat keturunan untuk mendoakan aku, ilmu di dada yang tiada. Inilah material manusia yang selalui nilaikan. Hakikatnya 3 amalan ini terlalu luas pengertian di sisi Allah. Jika kehidupan benar-benar ikhlas dalam melalui ujian Allah, pasti tersembunyi rahsia 3 bekalan amalan ini. Inikan rahsia Allah. Maka SOLATLAH sesempurna SOLAT.

ANDAI AKU MATI. Meskipun aku di dalam nilaian mata manusia tidak mempunyai apa-apa. Janji Allah itu pasti bagi hambaNya yang SOLAT SESEMPURNA SOLAT. SOLAT yang IKHLAS kerana ALLAH. SOLAT sebagai BUKTI KECINTAAN PADA ALLAH. Bukan aku melupakan DUNIA. Tapi KENIKMATAN SOLAT itu sendiri akan melahirkan JIWA AKU YANG KAYA. DIA ADALAH SEGALANYA. PASTI aku mampu bezakan KEPALSUAN DUNIA dan seisinya.
TERLALU BANYAK NIKMAT ALLAH YANG TELAH AKU DUSTAKAN



                                                                                   (bersambung..... Nukilan Ahli Kubur)

No comments:

Post a Comment