Thursday, 26 May 2016

Siapa TAK SAYANG HARTA Oiiiiii...

Harta itu....
Harta ini...
Harta AKU...
Harta KAU...
HARTA DARI MANA PUN...
Harta ini AHMAD ALBAB YANG PUNYA.

Banyaknya PENGARUH CERITA DARI DUNIA kau wahai si Ahli Kubur. HARTA INI ALLAH YANG PUNYA. Bahkan Roh dan Jasad itu juga Allah bagi untuk kau SI AHLI KUBUR.

"Tidak ada satu pun milik engkau SI AHLI KUBUR. Ingatlah Wahai Si AHLI KUBUR. Harta itu boleh membawa KE SYURGA...Harta itu boleh TERJUN KE NERAKA.... pandai-pandailah kau uruskan apa yang Allah berikan kepada kau Si AHLI KUBUR".

Aku rasa yang TERBAYANG di mata AKU yang DULU. HARTA YANG NAMPAK DENGAN MATA FIZIKAL SAHAJA. MATA HATI AKU MASIH KABUR. Kemudianlah aku sambung cerita tentang harta jasad, ayat ar rahman... aku tempek cerita ni dulu. ada rezeki aku sambung cerita lagi . Moga fikirkan dan bermanfaat. Aku dapat dari group orang yang sedang mengajar hati bagaimana mencari redha dan cinta Allah.

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
https://www.youtube.com/watch?v=Ihvb2Trbh2c

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SAYA TAK MAU BERPISAH DENGAN HARTA SAYA...".
(HARTAKU DIBAWA MATI)

Haji Usman. Pemilik salah satu usaha batik dan olahan texstil terkemuka di Yogyakarta, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta telah begitu tak berharga baginya. Seakan dunia telah begitu hina di matanya.
Ringan baginya membuka kotak tabungannya, gampang baginya menyeluk kantong simpanan dan seakan tanpa beban dia mengulur bantuan.
Inilah mungkin sosok nyata orang yg dunia di tangannya dan akhirat di hatinya.
Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.
“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka, “bagaimana caranya agar kami seperti haji Usman. Bisa bisnis maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan... Hingga seperti haji Usman, bersedeqah terasa ringan”.
“Wah", sahut Haji Usman tertawa, “Antum salah alamat!”
“Lho?”...
“Lha iya. Kalian datang pada orang yg salah.... Lha saya ini SANGAT SAYANG JG MENCINTAI HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai Aset yg saya miliki ".
“Lho?”..
“Kok lho. Lha sebab saking cinta dan sayangnya saya pada harta, SAMPAI-SAMPAI SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI DIKUBUR DENGAN HARTA BISNIS SAYA..
Saya itu TIDAK MAU BERPISAH dengan kekayaan saya.
Makanya sementara ini saya titip-titipkan dulu...
TITIP pada Masjid,
TITIP pada anak yatim,
TITIP pada fakir miskin,
TITIP pada madrasah,
TITIP pada pesantren,
TITIP pada pejuang fii sabilillah.
TITIP pada Guru2 Agama
TITIP pada karyawan yg rajin Ibadah
TITIP pada sodara dan karyawan yg dirawat sakit
Alhamdulillah ada yg berkenan mau dititipi, saya senang sekali. Alhamdulillah ada yg sudi diamanati, saya bahagia sekali.
Pokoknya DI AKHIRAT NANTI MAU SAYA AMBIL LAGI, TITIPAN SAYA
Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur dan di akhirat".
“Lah...!” Siapa bilang harta tdk dibawa mati....?
Harta itu dibawa mati....!!! Caranya ? ... JANGAN BAWA SENDIRI... Minta tolong dibawakan oleh anak Yatim, Fakir miskin, orang-orang yg berjuang di jalanNYA....dll... .dll
karna anak dan keluarga sy cuma kasih kain putih..

Kalo cerita ini bagus silakan di bagikan pada yg lain. Semoga jadi amal kebaikan kita semua saling ingat mengingatkan sesama manusia.....dan di lipat gandakan klo bnyk yg merasakan manfaatnya. Semoga jd amal kebaikan kita bersama aamiin.....

Wednesday, 25 May 2016

Aku Yang Tak Faham Erti Takdir?

“Alahai diri! Usia dah 30 tahun pun tak tahu erti takdir sebenarnya? Selama ini hanya fikir apa yang terjadi adalah suratan takdir. Rasa macam pernah dengar jenis takdir ni, tapi di mana ya?”

Takdir yang dimaksudkan bukan seperti lagu Sendu di Hatiku, Rindu di Jiwaku nyanyian Arrow. Lagi-lagi dunia. Memang baguslah nama blog “Ahli Kubur” semoga beringat hendaknnya yang satu saat aku akan merasai mati. Dah mati mesti masuk Alam Barzakh. Maka jadilah aku Ahli Kubur.

Sebenarnya bukan nak cerita perihal lagu. Tapi pengertian takdir. Sebelumnya, aku rasa Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas segala musibah masa lalu. Musibah apakah itu? Sebenarnya aku nak tukar segala macam kata MASALAH ke erti MUSIBAH. Makna kata UJIAN HIDUP. Orang selalu berkata "setiap yang terjadi dalam hidup ada hikmah yang tersembunyi". Sebenarnya aku rasa ayat ini, bukan semua orang memahami maksudnya. Jika tidak kena gaya dalam bercakap boleh di balas begini oleh pihak yang merasainya " Aku tahu lah semua tu. Kau tak rasa apa aku rasa. Kau cakap senang la." Macam-macam ayat lagi boleh dengar. Sebab apa? Bukan semua orang punyai tahap kefahaman yang sama. Kita rasa faham, tapi sebenarnya tak paham pun. Berlagak ja lebih. Biasalah dalam diri ada EGONYA. Sebab dalam diri masing-masing banyak sangat bisikan suara-suara kecil.Senang cerita aku nak golongkan dalam diri ada 2 suara kecil :

A) Suara kecil yang BAIK (suka yang positif) -  Kalau suara kecil itu penuh semangat, mungkin lebih memahami dan menerima ketentuan Takdir. Hidup pasti diteruskan. Lebih banyak berdoa mohon pertolongan Allah. Lebih mudah untuk menerima pandangan dan pendapat serta nasihat orang lain. Lebih berusaha untuk perbaiki apa yang boleh di perbaiki. Keyakinan dan kepercayaan hidup Bertuhan. Yakin akan janji Tuhan tentang ganjaran kesabaran, keikhlasan dan sebagainya.

B) Suara kecil yang JAHAT (negatif sahaja) Inilah biawak dalam diri. Parasit yang membuatkan kehidupan jadi tidak terurus.  Jika yang kurang memahami akan terus-terusan menyalahkan Takdir. Nasihat apa sahaja. Balik-balik kita yang kena. Suara jahat inilah yang menyebabkan kita jadi mangsa kehidupan. Jenis yang suka komplen memanjang. Tak puas hati saja. Cemburu. Dengki. Macam-macam lagilah.

Ringkasannya Formula Kehidupan Dalam Mencari Redha Allah. Formula Kejayaan Hidup, Puncanya "Dunia Dalaman Kita, Menentukan Dunia Luaran Kita". Senangkan menulis? Nak mengambil tindakan bermacam-macam dugaan dan rintangan. Nanti akan datang aku akan kupas tentang formula ini ikut kefahaman aku dengan persoalan yang bermain dalam otak aku ini.

Berbalik kepada tajuk di atas. Aku nak cakap apatah lagi tulis. Aku kurang pandai nak terjemah rasa di hati. Sebab adakala aku ni jadi "biawak" juga. Apa aku nak cakap kerana masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan aku (ujian kehidupan). Nikmatnya ujian masa lalu, hikmah di sebalik apa yang terjadi aku perolehi ilmu baru. Bukan sahaja ilmu dunia, tapi ilmu yang semakin hari menjentik hati aku. Ilmu dalam mengenal diri aku sendiri. Semoga aku berjaya menyingkirkan sedikit demi sedikit biawak dari HATI aku. Yang paling TERPENTING, aku nak cuba TUNDUKKAN HATI AKU KEPADA YANG MENCIPTAKAN AKU iaitu ALLAH YANG MAHA BESAR. Mungkin aku tak sedar atau sedar selama ini aku kejar dunia. Hati aku yang lebih keduniaan. Jadi aku nak cuba keluarkan dunia dari hati dan nak masukkan Cerita Akhirat Dalam Hati. Dalam hidup aku seboleh-bolehnya nak seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. Bagaimana caranya?

"Perbaiki Solat. Kunci Ketenangan Hati adalah Syukur. Kunci Kejayaan adalah Solat. Kunci Kekayaan Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh. Jadikan AL-QURAN sebagai SAHABAT PALING AKRAB. Berusaha jalani hidup mengikut AS SUNNAH RASULLULLAH SAW . Ini adalah ASASNYA"

Kata guruku banyak lagi sebenarnya. Cukuplah aku mulakan dari sini dulu. Bila aku fikir sepanjang hidup aku ini. Maka aku tahu bagaimanakah keadaan sebenar diri aku mengenai ungkapan guru aku. Di sinilah punca asas untuk aku mengubah kehidupan aku. Selagi Roh dan Jasad masih BERSATU aku punyai MASA untuk BERUBAH. Yang penting aku yang harus mengambil tindakan. Aku sedar hari-hari AKU MATI. MATI AKU yang BAGAIMANA? Awak semua pun sama HARI-HARI MATI. Kadang-kadang 1 hari tu 2-3 kali MATI. MATI APAKAH ITU? JAWAPANNYA TIDUR. Cuba BAYANGKAN. Tidur-tidur, SEDAR-SEDAR dah DALAM KUBUR. Nak balik jumpa orang kesayangan dah TAK BOLEH. Mengadaplah WAJAH GERUN MALAIKAT MUNKAR dan NANKIR. Rasanya semua orang tahu cerita ALAM KUBUR.

Jadi SIAPAKAH YANG NAK. BUATLAH PILIHAN. Jadi AKU NAK BERUSAHA BERUBAH. Kalau aku berjaya terokai asas ini yang beruntungnya aku sendiri. Dari asas ini aku akan tahu tujuan hidup yang SEBENARNYA. Akhirnya, segala soalan yang bermain di kepala aku selama ini, sedikit sebanyak berjaya dirungkaikan. Bukan mudah sebenarnya. Saat aku menulis ini, sebenarnya sebagai peringatan buat aku juga. Sebab betullah ungkapan "manusia mudah lupa dan akulah itu salah satu dari orang yang mudah lupa." Semoga bermanfaatlah. Jadi carilah guru untuk lebih memahami. Ilmu yang kita baca dari buku atau mana-mana memang tak kan sama dengan Ilmu yang disampaikan oleh guru-guru. 

Berbalik kepada pengertian takdir. Takdir itu terbahagi kepada dua iaitu Takdir Muallaq dan Takdir Mubrom. Perincian tentang takdir untuk lebih di fahami boleh bertanya kepada guru-guru agama, buku-buku agama atau carian  di internet yang ada sumber yang sahih. Aku bila dengar voice record Ustaz Ibrahim adakala aku salin ikut kefahaman aku. Jadi jika ada kesalahan mohon untuk beri teguran.

Takdir Mubrom bahasa mudah untuk difahami ialah “takdir dan qodha yang tidak boleh ditukar-tukar dah (tetap). Contohnya kalau dari azali jantina adalah lelaki doa 10 tahun tetap takkan berubah. Buatlah pembedahan buang jantina. Hakikat kejadian tetap lelaki. Takdir mempunyai anak begitu begini meskipun kurang sempurna. Ayah ibu yang begini. sebagai anak kena terima. Tak boleh ditukar-tukar. Di lahir bangsa begini-begini. Tertulis menjadi penghuni bumi, bumilah jawapannya.  Memang Kena terima.

Manakala Takdir Muallaq ialah “takdir yang qodha ada kemungkinan Allah boleh ubah melalui DOA dan USAHA kita. Contoh orang miskin boleh jadi kaya, kaya jadi miskin, orang Kafir dapat Hidayah dan lain-lain. Meskipun Allah dah tetapkan sebahagian takdir Allah boleh berubah mengikut DOA apa kita nak. Hakikatnya Allah bukan di bawah pengaruh DOA kita. Tapi Allah nak layan kita sebagai makhluk. Allah nak bagi sebahagian untuk di layan-layan. Maka berlakulah kemakbulan DOA yang kita nak. Allah nak kita berharap hanya pada DIA. Allah nak tengok kesungguhan kita dalam berdoa dan berusaha. Allah nak lihat ketaqwaan dan kebergantungan hidup kita hanya dengan Allah sahaja. Jika Allah layan, nampaklah interaksi kita dengan Allah melalui tertunainya hajat kita. Ada DOA yang dikabul terus atau lama atau tak dikabulkan langsung. Di sini lahirlah rasa hidup bertuhan. Bagaimana kita meletakkan keyakinan sepenuhnya pada DIA. Jika Allah tak bagi, ingatlah sebaik-baik perancangan manusia,rancangan Allah lebih hebat. Teruskan sangkaan yang baik-baik dengan Allah. Sebab Allah yang beri kita jasad dan nyawa.”

                                                                                                                                 (Nukilan Ahli Kubur)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Info di bawah aku petik dari pemilik blog KLIK DI SINI untuk pembacaan aku akan datang juga. Sebab tu aku tempek.

1.      Takdir Muallaq
Takdir yang bergantung pada ikhtiar seseorang atau usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia merupakan pengertian dari takdir muallaq.
Dalam syarah kitab hadist Arba’in Nawawi dijelaskan bahwa takdir muallaq merupakan takdir yang tergantung yang dikelompokkan menjadi dua macam takdir;
1)      Takdir Dalam Lauhul Mahfuzd
Takdir yang ada dalam lauhul mahfuzd. Takdir ini mungkin dapat berubah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Ar-Ra’du ayat 39 yang berbunyi ;
 يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan di sisiNYa lah Ummul Kitab (lauhul mahfuzd).


2)      Takdir yang Diikuti Sebab Akibat
Takdir yang berupa penggiringan hal-hal yang telah ditetapkan kepada waktu-waktu DAN HAL- HAL  yang telah ditentukan. Gambarannya: “Seandainya hambaku berdo’a atau bersilaturrahmi dan berbakti kepada kedua orang tua, maka Aku jadikan dia begini, jika dia tak berdo’a dan tidak bersilaturrahmi serta durhaka kepada kedua orang tua, maka ia Aku jadikan seperti ini..”
Maksudnya bahwa takdir itu atas kehendak Allah SWT namun penyebab adanya takdir itu bisa dirubah dengan perbuatan-perbuatan kita, seperti contoh dengan do’a dan usaha. Nabi Muhammad SAW bersabda ;
انالد عأ والبلأ بين السمأ والأرض يقتتلا ن ويد فع الد عأ البلأ قبل ان ينز ل
“sesungguhnya doa dan bencana itu diantara langit dan bumi, keduanya berperang dan doa dapat menolak bencana, sebelum bencana tersebut turun.”
Hadist diatas menjelaskan persoalan adanya sebab dan akibat yaitu sebab do’a maka tidak timbul bencana, tetapi hadist tersebut bisa diterapkan dalam contoh yang lain, missal dengan belajar maka pintar, dengan bekerja maka mendapat penghasilan, dll.
Firman Allah SWT juga menjelaskan dalam surat Al Jaastsiyah; 15 dan surat Al Isra’ ; 7 yang artinya :
"barang siapa mengerjakan amal sholeh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan. (Al- Jaatsiyah;15)
 “ jika kamu berbuat baik(berarti) kamu berbuat baik bagi dirimusendiri dan jika kamu berbuat jahat,maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua,( kami datangkan orang) lain untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai” (Al-Israa’;7)
Ayat-ayat diatas menjelaskan bahwa bila manusia itu berbuat kebaikan dan keburukan, hal ini adalah merupakan sesuatu yang timbul dari kesadaran sepenuhnya sebagai manusia yang bertanggung jawab atas tingkah laku perbuatannya. Maka bila seseorang itu tahu bahwa kebaikan yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang bermanfaat bagi dirinya. Sebaliknya bila ia berbuat kejahatan, tentulah dia tahu, bahwa perbuatan yang dilakukannya itu adalah salah, kadangkala sangatlah disayangkan, diantara manusia ada yang sanggup melawan suara hati nuraninya sendiri.


2.      Takdir Mubrom
Takdir mubrom yaitu takdir yang tidak dapat untuk dielakkan, pasti terjadi pada diri manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan manusia tidak mempunyai kesempatan untuk memilihnya.
Dalam syarah kitab Hadist Arba’in Nawawi dijelaskan bahwa takdir mubrom (tetap) dikategorikan menjadi dua bagian yaitu:
1)      Takdir Dalam Ilmu Allah SWT
Takdir ini tidak mungkin dapat berubah, sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda;

لاَيَهْلِكُ اللهُ إلاَّ هَالِكًا
“tiada  Allah mencelakakan kecuali orang celaka, (yaitu orang yang telah ditetapkan dalam ilmu Allah ta’ala bahwa dia adalah orang celaka)”
2)      Takdir Dalam Kandungan
Takdir dalam kandungan, yaitu malaikat diperintahkan untuk mencatat rizki,umur,pekerjaan,kecelakaan dan kebahagiaan dari bayi yang ada dalam kandungan tersebut. Maka takdir ini termasuk dalam takdir yang tidak dapat dirubah sesuai kelanjutan dari hadist diatas. Takdir ini termasuk takdir dari Ilmu Allah SWT yang telah digariskan dalam tubuh sang jabang bayi. Sesuai hadist Nabi Muhammad SAW,berbunyi :
عن أبي عبدالرحمن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه قال حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو الصادق المصدوق " إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما نطفة ثم علقه مثل ذلك ثم يكون مضغة مثل ذلك , ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح , ويؤمر بأربع كلمات : بكتب رزقه , وأجله , وعمله , وشقي أم سعيد . فوالله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار , وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة
Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rizki, Ajal, Amal dan Celaka/bahagianya. maka demi Alloh yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga.
[Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]

  1. Makna Percaya Adanya Takdir
Mempercayai dan beriman adanya takdir mrmberikan makna dimana kita wajib mempercayai bahwa segala sesuatu yang terjadi dialam ini, dalam kehidupan dan diri manusia adalah menurut hukum, berdasarkan suatu takdir.
Beberapa hal yang berkaitan dengan takdir :
Pertama, bahwa jagat raya ini isinya antara lain bintang-bintang dan planet-planet yang semuanya berjalan menurut “hukum universal” dalam rotasi,revolusi dan kesetimbangan benda-benda langit. Begitu juga isinya yang terdiri dari berbagai jenis benda (padat,cair,gas) telah tersusun oleh suatu rumus-rumus tertentu. Semuanya itu adalahh hukum universal (takdir) Allah SWT kepada makhluknya.
Kedua, bahwa dalam diri kita ada roh, dengan roh itulah kita hidup. Akan tetapi kita  sama sekali tidak punya kekuasaan terhadap roh itu. Manakala ia akan memisahkan diri dari jasmani kita,ia tidak akan memandang usia dan kedudukan, kita tidak mampu menaklukkannya dan untuk itu tibalah akhir hayat kita. Begitulah Takdir Allah SWT.
Ketiga, bahwa setiap manusia lahir krdunia bukanlah atas kehendaknya sendiri. Manusia lahir tidak memilih bangsa dan tanah air. Semuanya terlepas dari kehendak dan kekuasaan manusia. Pada hal bentuk kehidupan seseorang ditentukan oleh drajat pendidikan,sosial dan rumah tangganya dimana ia lahir. Masalah ini semuanya bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah SWT semata-mata berdasarkan atas takdir Allah SWT.
Keempat, bahwa pada diri tiap-tiap orang memiliki watak,pembawaan lahir dan bakat yang berbeda satu sama lain.masalh tersebut diluar kehendak manusia, ia adalah takdir Allah SWT.
Kelima, bahwa tidak pernah terdapat seseorang yang ingin sakit atau gagal. Sehat lahir batin dan sukses, itulah yang selalu menjadi doa dan impian manusia. Karena itulah manusia belajar tentang kesehatan,ilmu dan metode untuk sukses. Namun kita dihadapkan kepada kenyataan, bahwa pada saat yang tak terduga bahkan pada waktu yang begitu penting bagi kita, secara tiba-tiba jatuh sakit. Suatu urusan yang telah diperhitungkan secara matang, telah pula ditinjau dari berbagai segi, tapi kemudian gagal. Maka sakit dan gagal bukanlah kehendak manusia. Semuanya adalah peranan takdir. Suka atau tidak, takdir Allah SWT jua yang berkuasa.
  1. Manfaat Meyakini Takdir Allah SWT
Adapun beberapa manfaat meyakkini dan mengetahui Takdir- takdir Allah SWT, diantaranya yaitu:
a)      Kepercayaan kepada takdir memberikan keseimbangan jiwa, tidak berputus asa karena sesuatu kegagalan dan tidak pula membanggakan diri atau sombong karena sesuatu kemujuran.sebab segala sesuatu tidak hanya bergantung pada dirinya sendiri, melainkan juga keharusan universal, mengembalikan segala persoalan kepada Allah Yang Mahakuasa.
b)      Meyakini adanya takdir akan membawa peningkatan ketakwaan, bahwa baik keberuntungan maupun kegagalan dapat dianggap sebagai ujian dari Allah SWT. Ujian itu perlu diberikan kepada mereka yang beriman agar sejahtera dan bahagia hidupnya. Ujian itu akan menilai kualitas iman seseorang dan untuk mempertinggi takwa, guna menjadi modal hidup yang paling berharga sebagai seorang muslim.
c)      Mengimani takdir bukan berarti menyerah pada nasib. Orang yang menyerah pada nasib memang membuat malas dan lamban, serta berhenti pada titik kegagalannya. Sementara itu, orang yang beriman pada takdir justru tak akan berlarut-larut dalam kesedihan dan tak akan tenggelam dalam kegagalan. Ia akan segera bangkit. Kala ia meraih kesuksesan atau kebahagiaan, ia pun tak berbangga diri. Ia sadar bahwa apa yang ia raih semata-mata karena takdir Allah SWT.
  1. Kesimpulan
Berdasarkan keterangan-keterangan diatas, maka dapatlah disimpulkan bahwa didalam menghadapicobaan atau musibah yang datangnya dari Allah SWT ada perkara-perkara yang harus kita terima apa adanya karena kita harus menerimanya dengan penuh kesabaran dan kerelaan. Namun ada pula ketentuan yang dituntut kepada kita supaya berikhtiar untuk merubahnya. Dalam hal ini, jika kita tidak berusaha untuk merubah kearah yang lebih baik, maka kesalahan akan ditimpakan kepada diri kita sendiri,karena segala sesuatu itu dikehendaki Allah SWT, tetapi Allah SWT juga bisa merubah yang dikehendaki jika manusia itu mau ikhtiar.


  1. Referensi
Al Qur’anul Karim
Hadist Arba’in Nawawi
Dienul Islam, Drs. K.H. Nasruddin Razak,(216,217,218,223)
Ibn Khasbullah, Tanbihun.com

Buku Rahmat Disebalik Dugaan, Akhifaizul.blogspot.com

link penuh http://blogkelascfitk.blogspot.my/2013/05/takdir-muallaq-dan-takdir-mubrom.html

Pemuda Kampung Yang Kolot

Bilik-bilik asrama di kolej kediaman pelajar sudah banyak kelihatan kosong. Sudah ramai antara mereka pulang ke kampung sempena cuti semester. Entah kenapa tiba-tiba hatiku menjadi sayu melihat keadaan sedemikian. Mungkin inilah saat perpisahan kami setelah lebih 3 tahun melanjutkan pelajaran di sini. Ini bermakna, sudah tamat pengajianku sebagai seorang mahasiswa. Seorang demi seorang antara kami meminta diri. Kini tinggallah aku dan CW sahaja di kolej tersebut. Akhirnya dia juga terpaksa pergi kerana menerima panggilan temuduga di Melaka. Tinggallah aku keseorangan di sini. Inilah perpisahan yang amat menyayat hatiku.

Aku tidak tahu ke mana harus kubawa diri ini. Aku sudah ada pekerjaan tetapi tidak ada tempat tinggal. Perlukah aku berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman seperti sahabat-sahabat yang lain? Tidak, aku perlu ikhtiarkan dulu. Akhirnya aku menemui jalan keluar. Beberapa orang kawan lulusan dari universiti  terkemuka di Johor telah mengajakku tinggal bersamanya berhampiran dengan tempat kerjaku. Sekarang genap 10 orang menghuni rumah tersebut. Begitu hampir sehingga aku hanya mengambil masa kurang dari 10 minit berjalan kaki ke tempat kerja.

Aku begitu rajin bekerja sehingga tidak mengetahui aktiviti kawan serumahku ketika ketiadaanku di rumah. Ini kerana aku keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam setiap hari. Aku hanya gunakan rumah itu untuk tidur sahaja. Kadang-kadang selepas subuh aku mendendangkan ayat-ayat cinta dua tiga ayat sebelum bersiap untuk ke tempat kerja. Aku tetap melakukan aktiviti yang sama walaupun hari cuti. Keluar pagi dan balik malam. Tiba-tiba sahabat lamaku yang sudah sekian lama menyepi menelefonku mengajak aku bekerja bersamanya di Pulau Pinang. Aku mengambil cuti dua hari untuk pergi temuduga di sana. Aku tidak memberitahu rakan serumahku akan katiadaanku selama dua hari tersebut. Pada hari kedua aku di sana, aku menerima panggilan telefon dari rakan serumahku yang agak risau akan ketiadaanku selama dua hari tanpa khabar berita. Setelah sampai ke rumah semula, aku meminta maaf kepada ahli rumah kerana tidak memberitahu urusanku. Sampai ke saat ini, aku masih tidak dapat menghidu aktiviti mereka.

Keputusan temuduga menyebabkan aku hampa kerana tidak dapat menyempurnakan hajat sahabat lamaku untuk tinggal bersamanya di pulau tersebut. Aku masih meneruskan pekerjaan lamaku di ibu kota. Tanpa kuduga CW menghantar mesej kepadaku menyuruh aku datang temuduga di tempat kerjanya di Melaka. Oleh kerana agak dekat juga, aku hanya mengambil cuti selama sehari sahaja untuk menghadiri temuduga tersebut. Malangnya keputusan  temuduga tersebut juga gagal.

Aku masih meneruskan pekerjaan lama di tempat biasa. Aktiviti harianku masih juga tidak berubah, keluar pagi dan balik malam. Hari ini hari cuti, masih sama aktivitiku. Pagi lagi aku keluar. Bila tengahari baruku sedar aku terlupa membawa jam tangan kerana kebiasaannya aku hanya meletakkan jam tersebut di kocek sebelah kanan seluarku. Sesampainya di rumah, aku terdengar suara seorang wanita. Aku tidak segera masuk, malah cuba menghayati perbualan mereka yang tidak berapa jelas. Aku cuba bersangka baik. Sangkaan burukku, kubuang jauh-jauh. "Mungkin TV kot", hati kecilku berbisik.

Daun pintu yang tidak berkunci kutolak perlahan. Terpandanglah aku akan sepatu  seorang wanita. Aku terkejut. Daun pintu tidak kutolak lagi. Mereka masih tidak menyedari kehadiranku. Aku menolak lagi untuk masuk ke dalam. Mereka terperanjat melihat kelibatku. Salah seorang dari mereka bertanya, "Kau tak kerja ke hari ni?". Tiada sepatah kata pun keluar dari bibirku. Hatiku penuh kebencian. Niat asalku, kumatikan. Aku keluar. Pintu kututup dengan kuat. Hatiku pilu. Malam itu aku pulang agak lewat. Lebih kurang pukul satu pagi aku masuk ke rumah. Mereka masih tidak tidur lagi. Perempuan tadi mungkin sudah pulang. Aku mencapai tuala dan mandi. Dalam bilik air, aku bermuhasabah diri. Selesai solat sunat, aku mendendangkan ayat-ayat cinta sebelum tidur. Aku menambah aktiviti ini untuk hari berikutnya.

Di tempat kerja, aku bertanya kawan-kawan tentang bilik sewa atau rumah kongsi. Ramai yang menawarkanku tinggal bersamanya. Namun mereka juga agak pelik dengan sikapku yang tergesa-gesa. Aku menceritakan segalanya. Selepas itu, mereka tidak setuju dengan tindakanku. Malah menarik balik tawaran tersebut. Kini barulah kutahu, rupanya aktiviti ini bukan sahaja berlaku di rumahku. Malah di rumah-rumah bujanag lain.

Tiada siapa yang simpati dengan masalahku. KepadaNya sahaja aku mengadu. Masalahku sampai ke pengetahuan seorang sahabat. Seorang wanita. Dia banyak memberi dorongan kepadaku untuk meneruskan perjuangan. Aku kuat kembali. Rakan serumahku tidak lagi merahsiakan aktiviti mereka. Malah terang-terangan mereka membawa pulang wanita tiap-tiap malam. Rumahku sekarang penuh dengan manusia yang berdosa. Bilik-bilik sudah penuh. Ruang tamu pula jadi bilik. Mereka hanya menggantungkan kain-kain cadar sebagai pemisah. Alat-alat pencegahan kehamilan bergelimpangan. Jijik benar aku melihat. Pagi itu aku ke dapur untuk mengambil segelas air, ada seorang wanita menyediakan sarapan. Dia mengajak aku bersarapan bersama. Aku tidak mengendahkan pelawaan tersebut. Aku keluar rumah. Dalam perjalanan ke tempat kerja, ada sebuah kereta Myvi putih berhenti di hadapanku. Seorang wanita di dalamnya. Cermin diturunkan menampakkan wajahnya. Aku berpaling. Dia bertanya akan kawan serumahku. Aku hanya mengangkat bahu dan terus beredar.

Tidak lama lagi sahabat yang selalu membantuku akan menyambut hari lahir yang ke-22 tahun. Aku tidak tahu hadiah apakah yang selayaknya untuk dia. Mungkin sesuatu yang lebih istimewa. Aku mencari ke sana ke mari, masih tidak kutemui. Akhirnya aku membeli himpunan ayat-ayat cinta yang hanya setebal 1.5cm. aku tidak menghadiahkannya dengan apa yang baru kubeli. Tapi, aku membungkus sebuah hinpunan ayat-ayat cinta yang setebal buku teks pelajar sekolah rendah. Hadiah ini lebih bermakna kerana ia telah sekian lama bersamaku untuk menjaga imanku. Sekarang aku serahkannya kepada seseorang agar ia juga akan menjaga iman orang itu. Aku membungkus begitu cantik. Setelah kuberi, pada malam tersebut aku mendapat mesej darinya dengan ucapan 'Terima kasih'. Aku harap dia akan menjaga dan memanfaatkan hadiah tersebut sebagaimana aku sebelum ini.

Imanku yang hanya senipis kulit bawang seringkali diduga. Dahulunya hanya rakan serumahku sahaja yang menikmati sisa-sisa seorang wanita, kini aku pula dipelawa. Aku menolak dengan keras. Aku ke bilik air, mandi dan muhasabah diri.  Selesai solat, aku mendendangkan ayat-ayat cinta agar imanku terjaga. Kali ini alunanku agak kuat agar mereka semua tidak dibelenggu syaitan. Niat suciku mendapat tentangan. Salah seorang datang kepadaku. Dia memberi amaran. Pintu bilikku ditarik mengejuk.

Aku masih tidak berputus asa. Imanku perlu dijaga. Aku sudah tidak mampu bertahan. Apakah yang harus kulakukan? Aku buntu. Ya Allah, peliharalah imanku. Janganlah Kau biarkan aku hanyut. Jauhkanlah aku dari azab neraka. Telefon bimbitku berdering. Penggilah dari seorang wanita. Dialah ibuku. Dia bertanyakan khabarku kerana sudah lama tidak pulang. Berita pun tidak kukirimkan. Dia memberitahuku satu berita gembira. Aku tertanya-tanya sendiri, apakah berita itu? Apakah dia membenarkan aku untuk bernikah pada usia muda? Ini kerana setiap kali aku pulang atau menelefon, aku selalu memohon untuk bernikah. Mungkin pada fikiranku nikah adalah jalan penyelesaian terbaik untukku pada masa aku sedang tertekan seperti yang kualami sekarang. Lagipun sudah ramai kawan-kawan sekolahku yang sebaya denganku sudah berumahtangga. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah ada yang lebih muda dariku sudah mempunyai anak. Mungkin kerana aku masih belajar. Maka ibu tidak membenarkan lagi. Bermacam-macam bermain di kotak fikiranku. Sangkaanku ternyata meleset sekali. Ibuku memberitahuku bahawa dia akan datang ke rumahku bersama ayah untuk menjengukku. Aku melompat keriangan. Jalan buntuku kini menemui penyelesaian.

Aku memberitahu majikanku akan berita gembira itu. Majikanku tersenyum. Dia menyuruhku mengambil cuti beberapa hariuntuk membawa keluargaku bersiar-siar. Aku bersetuju. Aku mengambil cuti tiga hari. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Bas yang membawa ibu dan ayahku dijangka tiba 11.30 malam. Tetapi malangnya terdapat kesesakan di persimpangan keluar lebuh raya menyebabkan pemandu bas tidak dapat menepati masa. Labih kurang 12.10 malam, ibu dan ayahku tiba. Kami berpelukan. Selepas itu, aku membawa mereka pergi ke kedai makan untuk menjamu selera. Selesai makan kami pulang. Lebih kurang 30 minit menaiki teksi sampailah kami ke kediamanku. Pemandu teksi yang murah senyuman dan banyak bercerita tentang iman hanya mengambil tambang RM7 sahaja. Katanya duit minyak. Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki.

Sesampainya di rumah, aku membuka kunci pintu. Suasana rumah yang tadinya riuh bagaikan pasar ikan, kini sunyi bagaikan orang bisu di dalamnya. Bibir mereka terkunci. Bagaikan banyak barang beharga di dalamnya. Selesai ke kamarku, tanpa diduga bertebaranlah penghuni- penghuni rumah ke destinasi yang tidak kutahu hala tujunya. Aku tersenyum puas. Ibu bapaku masih tidak mengerti. Tapi mereka tidak mahu bertanya. Tiba-tiba seorang lagi baru pulang. Dia mencari kawannya yang lain tapi tidak ketemu. Dia terpandang sepatu ibuku. Dengan spontan dan laungan yang kuat dia memanggil namaku dan bertanya perempuan manakah yang aku bawa pulang. Aku meletakkan jari di bibir sebagai isyarat kepada ibu dan ayahku. Dia tidak puas hati kerana tiada jawapan. Dengan kasar, dia datang ke bilikku dan menolak daun pintu dengan kuat seraya berkata,  "Perempuan mana kau bawa balik?". Ibuku yang terdengar tiba-tiba terperanjat. Dia tunduk malu dan meminta maaf pada ibu dan ayahku. Selepas itu dia pun pergi membawa haluan sendiri.

Keesokan harinya aku membawa ibu dan ayahku bersiar-siar di ibu kota. Malangnya nasib tidak menyebelahi kami, hujan turun tak henti-henti. Terpaksalah kami membatalkan sahaja niat untuk ke tempat lain. Hari berikutnya juga sama, masih hujan. Tapi aku merasa puas. Kerinduanku terubat. Imanku kini terjaga. Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Alhamdulillah, Kau telah memelihara imanku.

Sejak kejadian tersebut, kawan-kawan serumahku tidak lagi membawa balik perempuan. Mungkin juga mereka tidak mahu aku membuat tindakan yang lebih drastik. Dalam bulan April, aku mendapat pangglan telefon unutk menghadiri temuduga di sebuah syarikat insurans berhampiran LRT Dato' Keramat. Aku pun pergi. Semasa aku hendak pergi, cuaca agak mendung. Nasib baik tidak hujan. Bila aku melangkah sahaja ke dalam syarikat tersebut, hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdulillah selamat. Aku pun ditemuduga oleh seorang lelaki berbangsa india. Soalan yang sering ditanya setiap kali temuduga yang aku lewati adalah, "Kenapa kamu tidak mahu sambung belajar?". Mungkin inilah soalan yang menyebabkan aku seringkali gagal di dalam temuduga. Pengiraan gred aku kira boleh tahan je tapi mustahil sampai tidak boleh dapat kerja? Aku mengelamun sendiri. Selesai temuduga hujan pun berhenti. Sangkaanku tepat sekali, temuduga itu gagal seperti sebelumnya.

Aku masih lagi meneruskan kerjaya lamaku. Walaupun pendapatan tidak seberapa, tapi mampu menampung kehidupanku di kota besar yang kini aku diami. Rumahku kini menjadi neraka semula. Kemaksiatan bermaharajalela. Aku hanya mampu berdoa. Teguran dan nasihatku tidak langsung diendahkan. Mentanglah aku paling muda dalam rumah itu. Imanku sering diuji dan diduga. Apakah maksud semua ini? Apakah kerana aku ini seorang pemuda kampung jadi aku dianggap berfikiran kolot? Ketahuilah, berfikiran terbuka hanya akan merendahkan martabat kita sebagai seorang Muslim. Itulah agenda Yahudi laknatullah. Hanya mahukan perpecahan.

Sudah banyak aku bersabar dengan mereka. Tapi kesabaranku ada batasnya. Ya Allah, jauhkanlah aku dari mereka. Tiba-tiba aku meneri mapanggilan telefon dari  UniMaP. Universiti Malaysia Perlis. Pelik. Hatiku berbisik. Dia memberitahuku bahawa permohonanku untuk melanjutkan pelajaran di sana sedang diproses. Jadi dia meminta aku mem'faks'kan transkrip pengajian aku sebelum ini. Tanpa berlengah, aku segera mem'faks'kan. Mula-mula aku membuat di kedai gambar. Sesudah selesai, aku masih tidak yakin jadi aku mem'faks'kan melalui syarikat tempat aku bekerja. Tapi aku masih lagi was-was dan aku ambil tindakan mengeposkan sahaja salinan transkrip aku itu.

Tak kisahlah ke manapun aku pergi asalkan jauh dari neraka yang paling aku benci. Bila keluar keputusan UPU (Unit Pengurusan Universiti), aku menjangkakan mendapat UniMaP, tapi Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian tersebut. UniMaP telah memadamkan rekod permohonan aku. Aku tidak berputus asa. Aku singgah di sebuah pusat komputer untuk melayari internet. Alangkah terkejutnya aku kerana apa yang aku harapkan kini jadi kenyataan. Aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di selatan tanah air. Aku bersyukur. Kini aku kembali bergelar mahaswiswa. Rakan serumahku, kudapat berita ramai yang pulang ke kampung kerana dibuang kerja. Tinggallah antara tiga ke empat orang lagi. Tapi mereka telah berpindah ke rumah lain kerana tidak mampu membayar bil-bil rumah yang agak besar jumlahnya. 

(Tinta: Man)

Mati Oh! Mati

Cerita dramaku yang tinggal persoalan?

“Iee… kenapa dia mati macam tu? Dia kan baik… kesiannya.”

Mulalah hati aku rasa sedih. Tanpa sedar boleh mengalir air mata. Kalau aku tonton ramai-ramai, mungkin boleh kawal lagi rasa sedih sebab tak mahu di ejek. Hehe… fitrah wanita yang mudah tersentuh. Bila jumpa kawan yang kaki drama, bersambunglah cerita kesedihan, ketidakpuasan hati dengan bentuk kematian pelakon itu.

“Padan muka! Akhirnya kena tembak. Jahat lagi.”

Tapi, bila bahagian penjahat yang kena hukuman. Hati dan perasaan aku rasa puas gila. Bila berkumpulan, boleh riuh flash back drama punya pasal. Meskipun penjahat tersebut mati dalam mengaibkan terasa seronok. Walhal hakikat kejadian semua tahu itu hanyalah rekaan semata-mata. Tapi lihatlah bagaimana pengaruh cerita dalam hidup kita.

Awak semua pernah tak terfikir bagaimana kematian yang diinginkan? Mati berkeadaan baik atau mati berkeadaan buruk? Sebab aku terfikir tentang punca atau asbab kematian. Jika di beri pilihan di bawah, kematian mana yang menjadi pilihan:

1.      Mati berkeadaan baik seperti tersenyum, muka nampak bercahaya dan boleh mengucap kalimah Laillahaillallah.

2.      Mati berkeadaan buruk seperti kena bunuh, rogol dan bunuh, kena bom. Pendek cerita mati yang nampak ngeri di mata manusia.

Ok! Kita tutup cerita kematian dalam drama. Makanya hidup jangan drama sangat. Tempuhilah kehidupan yang realiti terbentang di hadapan mata. Tonton drama kita ambil pengajaran yang hendak disampaikan sahaja. Buruk dan baik kita jadikan sempadan.

Semua orang tahu. Mati itu bila denyut nadi tidak berdenyut lagi. Erti kata sebenar keluarnya roh dari jasad manusia. Bila dah mati, memang kena kebumikan ikut kepercayaan masing-masing. Orang Islam pasti di tanam dalam tanah. Kemudian ada batu nisan tertera si polan binti si polan. Yang masih hidup, kehidupan mesti diteruskan. Aku yang jahil ada kemusyikilan tentang erti kematian dan punca kematian. Sebab kalau boleh mana ada manusia yang ingin mati di bunuh, di rogol, kena bom, pendek cerita mati yang nampak ngeri di pandangan manusia. Lalu ku tanya guruku dan abadikan dalam penulisanku.

Tujuannya agar aku lebih memahami hakikat kematian yang sebenarnya. Biarpun kematian itu buruk pada kaca mata manusia, tetapi dalam penilaian Allah itu sempurna. Mati yang nampak terindah di mata manusia, belum tentu kematian itu sempurna dalam nilaian Allah SWT. Ringkasan kefahaman aku tentang bicara sang guru kematian dalam pandangan Allah terbahagi dua.

1.      Mati buruk bagi Allah ialah mati yang membawa perkara mungkar, syirik. Mati yang di dalam hati banyak sifat-sifat mazmumah atau sifat yang Allah benci lagi murkai.Mati dengan hati yang masih penuh cinta dunia. Mati dalam kekufuran. Mati dalam perbuatan yang Allah larang. Mati ini tempatnya adalah Neraka.

2.      Mati baik bagi Allah ialah mati yang hati hambaNya mencintai redha Allah. Meskipun bentuk kematian itu nampak ngeri di mata manusia, semuanya bergantung kepada amalan mereka sewaktu hidup yang boleh di bawa ke Syurga.

“Ya Allah! Betapa selama ini aku jahil dalam mentafsirkan kematian yang sebenar. Sungguh aku mudah terpedaya dengan drama ciptaan manusia. Begitu mudah aku terpedaya dengan fatamorgana duniawi. Hingga aku terlupa hakikat aku hidup di dunia. Sungguhku takut andai kematian menjemput aku kala ini. Terlalu banyak dosa aku lakukan. Terlalu banyak benda aku lupakan. Maka kau ampunilah aku Ya Allah! Berkatilah dan redhailah sisa-sisa waktu perjalanan kehidupanku atas muka bumi Mu. Aamin.”

Drama itu di lakonkan oleh manusia dengan watak ciptaan manusia. Semestinya yang menontonnya adalah manusia termasuk aku. Aku yang memang mudah lupa. Aku tahu setiap perbuatanku tidak sedikitpun terlepas dari catitan Malaikat Raqib dan Atib. Aku juga sedar Malaikat Izrail pencabut nyawaku sedang mengintai kematian ku pada bila-bila masa. Tiba waktunya Malaikat Izrail akan mencabut nyawaku. Maka berakhirlah catitan amalanku oleh Malaikat Raqib dan Atib.


Aku umpama tersedar dari lamunan mimpi yang panjang. Ku cuba susun kembali pengurusan hidupku. Aku perlu seimbangi keperluan dunia dan akhiratku. Ku cuba tinggalkan sedikit sebanyak hobi ku yang sia-sia. Aku mula memahami erti aku terdampar ke dunia. Aku mula mencari jawapan dari dalam diriku sendiri. Bentuk kematian yang bagaimanakah aku inginkan? Jika aku benar-benar inginkan kematian yang Allah redhai, aku harus perbaiki tujuan hidupku. Aku kena pasakkan keyakinan hidupku dengan bertuhankan Dia. Aku sedar banyak bisikan-bisikan nafsu yang terhasil dari bisikan syaitan. Aku kena belajar untuk ikhlaskan diri dan lakukan hanya kerana Dia. Semoga aku dapat Istiqomah di setiap amal perbuatanku sehingga ke saat Malaikat Izrail mencabut nyawaku. Saat itu selamat tinggal dunia. Selamat tinggal orang-orang kesayanganku. Semoga kita bertemu kembali di Syurga sana. Doakan kematianku ini adalah kematian yang Husnul Khatimah dan berada di sisi orang-orang yang beriman lagi bertaqwa.



(Surah Al-Mu'minun ayat 99-100)
(Surah Al-Anbiya' ayat 35)
                                                                                                                                (Nukilan Ahli Kubur)

Tuesday, 24 May 2016

Oh! Sempurnanya Hidup.

Hmm…

Aku selalu terfikir dan berangan, sempurnanya hidup  ada rumah besar, kereta besar, duit banyak. Pendek kata syoknya hidup kalau macam cerita novel, drama tv, Drama Korea tak kiralah apa cerita yang disajikan yang penamatan happy ending.  Kalau boleh kisah kematian aku sendiri inginkan yang baik-baik, mudah siap tersenyum dan mengucap kalimah teragung Laillahaillallah. Seperti dalam TV. Aku rasa bukan aku sorang sahaja kat muka bumi ni berkeinginan macam tu. Kalau di beri pilihan semua orang mau macam tu. Siapa cakap tak nak semua itu bohong lagi munafik.

Dunia… oh dunia… 
Sungguh mudah aku terpengaruh dengan cerita dunia. Itulah kafahaman aku tentang ERTI KESEMPURNAAN.

Bila aku bertanya kepada yang lebih tinggi ilmu pengetahuannya erti kesempurnaan. Aku ketawa mengekek sebab kena batang hidung sendiri. Betapa aku sungguh terpengaruh dengan cerita fantasi rekaan manusia. Meskipun cerita rekaan manusia, tapi tetap ada manfaatnya. Cuma kadang-kadang kita tidak nampak tafsiran kebaikan atau moral of story yang ingin di sampaikan. Kita mudah nampak yang terlayar di mata kita. 

Maka sebab itu, kita selalu teremosi dalam menonton drama. Tanpa sedar kita mengundang “penyakit hati” kerana amarah yang kita tidak jemput kehadirannya tapi amarah itu hadir tanpa sedar. Contohnya drama 1 jam, di penghujung waktu nak habis, masa unsur-unsur suspen atau saat rahsia dah nak terpecah, tiba-tiba bersambung… Kau rasa masa tu lidah kau macam mana? Hati kau macam mana? Kau dapat apa masa tu? Kau terfikir-fikir lagi terbayang kah episode seterusnya? Jawapan tanya diri sendiri lah. Lagi sakit hati kalau drama ratusan episod. 

Hahaha...
Adakah kita punyai rasa yang sama. Fikir-fikirkan?

Aku rasa di sekeliling kita sendiri, kita pernah dengar ungkapan macam ni:

“kalau lah aku ada 1 billion duit, aku rasa akulah orang paling bahagia. Benda lain aku tak kisahlah. Aku rasa dunia ni aku yang punya…”

“kalau lah hidup aku macam pelakon dalam TV. Kerja hebat, rumah besar, kereta besar, pangkat besar, ada pasangan yang walawei… best weiii.. aku setia sampai mati…”

Ayat yang terakhir ini paling best dan selalu orang salah tafsir. Paling drastik boleh kena cop bajet alimlah sangat, zuhud. Silap hari bulan, kena pulau dengan kawan-kawan.

“Dia mai dah… nanti kena tahan telinga dengar dia cakap.. macam bagus sangat, poyo jerrr!”

Itulah kita yang selalu salah faham. Ego! Dah la jahil, berlagak pandai serba serbi. Ustaz mengajar tak nak dengar. Masjid pun jarang sekali pergi. Sedangkan salah satu cara Allah menurunkan hidayahNya melalui majlis-majlis ilmu di masjid atau tempat yang selayaknya.

“Akukan! Kalau boleh selagi ada nyawa kat badan, aku rasa hidup aku takkan sempurna selagi aku tak mampu mengejar redha dan cinta Allah. Aku tahu mana ada manusia yang sempurna. Tapi aku benar-benar ingin merasai bagaimana nikmatnya bersolat, nikmatnya menjadi orang beriman, nikmatnya memahami bicara kitab suci Al-Quran, nikmatnya menghambakan diri sepertiga malam saat orang lain sedang nyenyak tidur. Aku benar-benar ingin rasai kehidupan yang aku letakkan sepenuh jiwa dan ragaku, kebergantungan hidup hanya untuk Allah. Bukan aku nak duduk atas sejadah 24 jam pun. Pekerjaan dunia aku buat juga. Tapi, ntah la.. bagi aku itulah erti kesempurnaan hidup bagi aku. Kalau tak dapat, aku rasa ada bahagian yang belum sempurna dalam hidup aku.”

Kata Ustaz  sempurna itu adalah subjektif mengikut penilaian, kecintaan, hajat serta kefahaman sama ada orang secular atau orang bertaqwa. Tidak akan sama penilaian masing-masing. Jadi sebagai orang Islam pilihlah hidup untuk menjadi orang yang bertaqwa.
 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)   

Maka, sebagai orang yang mengaku Islam berpada-padalah dalam pencarian hidup. Carilah kesempurnaan hidup yang diinginkan, tapi ingatlah bahawa MATI ITU PASTI. Seimbangkan keperluan dunia dan akhirat. 






>حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)

“Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Qs Al Mukminun: 99-100)
                                                                                                                                 (Nukilan Ahli Kubur)