بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”Dengan lafaz keagungan kalimah Bismillah, aku mula menulis bait-bait kata semoga memberi manfaat kepada manusia lain di luar sana. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
سُبْحَانَ اللّهِ - والْحَمْدُللّهِ - وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ - وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Terkejut lagi tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak aku memilih pengenalan diri sebagai "AHLI KUBUR"?
Ku ringkaskan begini. Satu hari aku telah menukarkan status nama Telegram ku kepada "AHLI KUBUR". Sepatutnya aku kena tulis "BAKAL AHLI KUBUR-Sebab BELUM ARWAH" "AHLI KUBUR- GELARAN ORANG DAH MENINGGAL DUNIA" Kebetulan suamiku juga berada dalam group telegram yang sama. Suamiku ingin melihat wajah "AHLI KUBUR".
Tiba-tiba..... krik...krik..krik..
Suamiku tak jumpa pun ahli baru dalam group tu. Kiranya kecewalah. Adatlah kita ini. Bila ada nama pelik atau nama best yang join group whatsapp atau telegram, mesti kita teringin nak tau siapakah orangnya. Dia pelik di senarai group telegram "Ahli Kubur join the group" dalam Group "Mylovelywife join the group". Apa lagi ketawalah kami berdua hingga berair mata. Alhamdulillah bahagia yang Allah kirimkan hanya dari kata "Ahli Kubur".
Dah nama "Ahli Kubur" semestinya aku ingin rahsiakan siapakah aku yang sebenarnya. Apatah lagi wajahku. Maka dari situlah aku yang baru terdetik untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan apabila mendapat ILHAM.
Berbalik kepada tajuk asal. Kenapa ku pilih ahli kubur?
1. Aku rasa unik dan supaya aku beringat aku akan mati, aku pasti menjadi ahli kubur. Sekarang aku adalah BAKAL SI AHLI KUBUR
2. Aku dan kamu semua sama sahaja. Pasti menjadi ahli kubur. Nak tak nak, kematian itu memang pasti. Masanya dalam rahsia Allah S.W.T
3. Aku ingin menulis sesuatu yang aku rasa terjadi dalam ruangan kehidupan aku. Soalan-soalan yang bermain-main di otak dan hati aku. Dicampuri sifat "biawak-biawak" yang ada dalam diri aku. Semua orang ada sifat "biawak". Kenapa biawak? Sebab aku dengar dari cikgu-cikgu business aku, dari motivator DAO. Suka guna perkataan "biawak" jadi aku pun sukalah. "Biawak" itu sebenarnya sifat yang tergolong tentang negatif. Contohnya belum ambil tindakan dah bagi alasan. Sifat yang boleh buat kita rasa down memanjang. Jadi kalau anda rasa lemah makna kata dalam diri anda ada biawak. Lagi banyak alasan, lagi banyak biawak dalam badan. Jadi bagaimana nak hapuskan biawak dalam diri, kena jemputlah sikap harimau yang semua tahu harimau ini tergolong dalam haiwan yang kuat, berani sifat yang mencerminkan harimau sifat positif.
4. Aku ingin penulisan aku sedikit sebanyak membuat orang terfikir, "ooo... aku pernah rasa macam ni... macam tu..."pendek kata, sesuatu yang kita tanya diri kita dan jawapan pun ada dalam diri kita. Tapi bukan nak kata diri kita bagus. Cuma bila kita kaitkan monolog diri atau persoalan yang bermain di minda dengan apa yang terjadi sekeliling kita. Tak kiralah dari cerita orang berilmu, cerita tv atau mana-mana sahaja.
5. Bila aku renung masa lalu, aku pernah lah asyik bertanya sahaja mengapa begitu dan begini. Tanpa sedar di penghujungnya aku terfikir terjawab @ selesai juga masalah aku. Dalam tidak sedar Allah dah jawab pertanyaan aku. Cuma aku sahaja tidak SEDAR.
5. Banyak lagi aku nak tulis. Cukuplah setakat ini "Kenapa Ku Pilih Ahli Kubur".
Semoga perkongsian aku yang seterusnya memberi manfaat buat aku dan semua orang yang membaca. Doakan aku agar sentiasa dikurniakan ilham dari Allah untuk aku menulis. Jika ada kesilapan semuanya dari aku. Ku mohon tegurlah aku yang kekurangan ILMU.
Sekian, terima kasih.
(Nukilan Ahli Kubur)
No comments:
Post a Comment