Hmm…
Aku
selalu terfikir dan berangan, sempurnanya hidup
ada rumah besar, kereta besar, duit banyak. Pendek kata syoknya hidup
kalau macam cerita novel, drama tv, Drama Korea tak kiralah apa
cerita yang disajikan yang penamatan happy ending. Kalau boleh kisah kematian aku sendiri
inginkan yang baik-baik, mudah siap tersenyum dan mengucap kalimah teragung
Laillahaillallah. Seperti dalam TV. Aku rasa bukan aku sorang sahaja kat muka
bumi ni berkeinginan macam tu. Kalau di beri pilihan semua orang mau macam tu.
Siapa cakap tak nak semua itu bohong lagi munafik.
Dunia… oh dunia…
Sungguh
mudah aku terpengaruh dengan cerita dunia. Itulah kafahaman aku tentang ERTI KESEMPURNAAN.
Bila aku bertanya kepada yang lebih tinggi ilmu pengetahuannya erti kesempurnaan. Aku
ketawa mengekek sebab kena batang hidung sendiri. Betapa aku sungguh
terpengaruh dengan cerita fantasi rekaan manusia. Meskipun cerita rekaan
manusia, tapi tetap ada manfaatnya. Cuma kadang-kadang kita tidak nampak
tafsiran kebaikan atau moral of story yang ingin di sampaikan. Kita mudah nampak yang terlayar di
mata kita.
Maka sebab itu, kita selalu teremosi dalam menonton drama. Tanpa
sedar kita mengundang “penyakit hati” kerana amarah yang kita tidak jemput
kehadirannya tapi amarah itu hadir tanpa sedar. Contohnya drama 1 jam, di
penghujung waktu nak habis, masa unsur-unsur suspen atau saat rahsia dah nak
terpecah, tiba-tiba bersambung… Kau rasa masa tu lidah kau macam mana? Hati kau
macam mana? Kau dapat apa masa tu? Kau terfikir-fikir lagi terbayang kah
episode seterusnya? Jawapan tanya diri sendiri lah. Lagi sakit hati kalau drama ratusan episod.
Hahaha...
Adakah kita punyai rasa yang sama. Fikir-fikirkan?
Aku rasa di sekeliling kita sendiri, kita
pernah dengar ungkapan macam ni:
“kalau
lah aku ada 1 billion duit, aku rasa akulah orang paling bahagia. Benda lain
aku tak kisahlah. Aku rasa dunia ni aku yang punya…”
“kalau
lah hidup aku macam pelakon dalam TV. Kerja hebat, rumah besar, kereta besar,
pangkat besar, ada pasangan yang walawei… best weiii.. aku setia sampai mati…”
Ayat
yang terakhir ini paling best dan selalu orang salah tafsir. Paling drastik
boleh kena cop bajet alimlah sangat, zuhud. Silap hari bulan, kena pulau dengan
kawan-kawan.
“Dia
mai dah… nanti kena tahan telinga dengar dia cakap.. macam bagus sangat, poyo
jerrr!”
Itulah
kita yang selalu salah faham. Ego! Dah la jahil, berlagak pandai serba serbi.
Ustaz mengajar tak nak dengar. Masjid pun jarang sekali pergi. Sedangkan salah
satu cara Allah menurunkan hidayahNya melalui majlis-majlis ilmu di masjid atau
tempat yang selayaknya.
“Akukan!
Kalau boleh selagi ada nyawa kat badan, aku rasa hidup aku takkan sempurna
selagi aku tak mampu mengejar redha dan cinta Allah. Aku tahu mana ada manusia
yang sempurna. Tapi aku benar-benar ingin merasai bagaimana nikmatnya bersolat,
nikmatnya menjadi orang beriman, nikmatnya memahami bicara kitab suci Al-Quran,
nikmatnya menghambakan diri sepertiga malam saat orang lain sedang nyenyak
tidur. Aku benar-benar ingin rasai kehidupan yang aku letakkan sepenuh jiwa dan
ragaku, kebergantungan hidup hanya untuk Allah. Bukan aku nak duduk atas
sejadah 24 jam pun. Pekerjaan dunia aku buat juga. Tapi, ntah la.. bagi aku
itulah erti kesempurnaan hidup bagi aku. Kalau tak dapat, aku rasa ada bahagian
yang belum sempurna dalam hidup aku.”
Kata Ustaz sempurna itu adalah subjektif mengikut
penilaian, kecintaan, hajat serta kefahaman sama ada orang secular atau orang
bertaqwa. Tidak akan sama penilaian masing-masing. Jadi sebagai orang Islam
pilihlah hidup untuk menjadi orang yang bertaqwa.
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ
شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ
اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS.
Al Hujurat: 13)
Maka, sebagai orang yang mengaku Islam berpada-padalah dalam pencarian hidup. Carilah kesempurnaan hidup yang diinginkan, tapi ingatlah bahawa MATI ITU PASTI. Seimbangkan keperluan dunia dan akhirat.
>حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)
“Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Qs Al Mukminun: 99-100)
(Nukilan Ahli Kubur)
No comments:
Post a Comment