Friday, 3 June 2016
Jangan FIKIR kita HEBAT!BAIK! sebab SYAITAN itu???????
Assalammualaikum.
Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.
Hari ini, ramai orang bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan. Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.
Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblislaknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat. Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya. Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisiAllah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabatkita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka. Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat. Ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya.
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..moga BERMANFAAT.
Berikut...juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:**********Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:*********Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atauayat qursi.
Ketiga:*********Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:***********Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:*********Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiaphari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:**********Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:*********Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun..
Wallahu alam
Thursday, 2 June 2016
MERAWAT HATI - TEKNIK ZIKIRULLAH + Mengenal Maqam Sholat Da’im..
Aku bakal Si Ahli Kubur mengharapkan pembaca yang membaca tidak melabelkan aku ini macam-macam. Ini adalah usaha aku untuk peringatan diri aku sendiri & jika bermanfaat ambillah. Niatku ingin mendidik HATIKU agar sifat MAZMUMAH mampu aku SINGKIRKAN. Semoga ILMU yang mereka kongsikan di group whatsapp "Ilmu Maghrifah" , aku simpan di blog ku ini. Aku ambil yang aku rasa perlu dan aku mampu. Untuk lebih-lebih aku sekadar membaca sepintas lalu.
Dan sangat benar, dalam mencari ILMU carilah GURU & HADIRILAH KULIAH-KULIAH AGAMA SERTA DENGARLAH melalui kecanggihan TEKNOLOGI. FOKUS & NAWAITU adalah IKHTIAR untuk KHUSYUK SOLAT sebab SOLAT perkara PERTAMA yang di hisab setelah MATI barulah lain-lain amal sebagai tampungan bekalan seperti yang aku tulis sebelum ini. Jika salah itu semua salahku. Yang baik itu semuanya dari Allah. Aku bakal Si Ahli Kubur menulis atas apa aku rasa.
☘ZIKIRULLAH AL IKHLAS.☘
Didalam amalan zikir pernafasan dan keruhanian al Ikhlas ini ada 4 latihan pernafasan dan keruhaniannya.
🍁Pertama zikir syariat.
Mata dipejam,ditarek nafas hingga kedada dan tahan nafas kemudian dikempiskan perut seketika kemudian diturunkan nafas kedada dan keraskan perut dan tahan nafas.
Didalam masa itulah kita mula berzikir didalam barisan pertama surah al ikhlas.
☘Bismillahi Rohmaa Nirrahiim.
"Qulhu Allahu Ahad" disebut didalam hati berulang ulang(berserta penghayatannya).
Inilah yg dikatakan untuk mendapatkan KETETAPAN. (ketetapan Tauhid didalam hati)
🌷Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya umurku ditangan Allah swt.
"Qulhu Allahu Ahad" berada di atas sayap Malaikat jibrail as.
☘Kedua zikir Tarekat.
Mata dipejam dan perbuatannya sama seperti di atas."Allahu Somad" berulang2.Dan ini untuk MEMBENARKAN Allah dihati.
"Allahu somad" berada di atas sayap Malaikat Mikail as.
☘Ketiga zikir hakikat.
Mata dipejam,ditarek nafas hingga kedada kemudian tahan nafas sambil itu kempiskan perut seketika,kemudian turun semula kedada dan tahan nafas.disebut didalam hati "Lamyalid walamyulad". perbuatan ini adalah MENYUNGGUHKAN LAGI DIDALAM HATI.
"Lamyalid walamyulad" berada di atas sayap Malaikat isrofil as.
☘Ke empat zikir makrifat.
Mata dibuka dan memandang kehadapan.
sebutkan dihati
"walam yakullahu kufuwan Ahad" 3x sahaja,kemudian baru lah di tarek nafas sampai ke dada kemudian kempiskan perut dan tahan nafas.bilang saja tasbih ditangan..setakat mana kita mampu tahankan nafas.di ulang2 perbuatan ini sehingga habis zikirnya 3333x atau 6666x. dan inilah jalan kerja PENYERAHAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT.
'Walamyakullahu kufuwan Ahad" di atas sayap malaikat Izrail as.
🐾Diamalkan secara istiqomah,dlm latihan2 zikirullah ini ada kaitannya didalam solat.
Kerana didalam solat inilah jalannya mikraj Ruhani mengadap Robbul jalal dgn kenderaannya iaitu Nafas.Didalam takbiratul ihram mata kita memandang kehadapan.(melihat akan wajah Allah) inilah latihan zikir makrifat (memandang).
🐾Baru kita katakan Lafasan ALLAH AKHBAR. dan kita sebut didalam doa iftitah,wajahtu wajhiyah.kerana telah memandanglah baru kita sebut.Maka berkata2lah kita didepanNya,mengadu padaNya dan mengaku kepadaNya didalam tahiyat"Ashadu anla ilaha ilallah wa ashadu anna Muhammad darasulullah".
🍁Begitu juga didalam keadaan Nazak.kita akan menyaksikan orang yg sedang nazak nafasnya bergelombang diperut,kemudian terhenti diperut,lalu dada pula bergelombang akhirnya terhenti,dan saat itu nafas telah mula berada di kerongkong..dan akhirnya nafas yg terakhir adalah satu tarekan nafas yg panjang lalu hembusan yg terakhir yg memberhentikan degupan jantung.."Inna lillahi wainnailaihirohjiuun" maka terbujur kaku keadaan jenazah itu didalam keadaan perutnya kempis dada mengembang,mata terbuka..itulah saat kembalinya orang2 yg beriman.
🌺Kupas kembali apabila kita memandang keadaan jenaazah itu.
Sama atau tidak keadaan zikirullah yg saya terangkan seperti di atas, jalannya seperti orang yg sedang nazak ? sama atau tidak keadaan zikir itu dgn keadaan ketika didalam solat? dan keadaan setelah kematian seorang anak adam?
perut kempis,mata terbuka,dadanya kembang?
💐Maka jika ingin mencari jalan kembali seorang anak cucu adam kepada KeRahmatan lil'alamiin.
☘Maka carilah ilmu zikir pernafasan dan keruhanian.☘
INI AMALAN ZIKIR PANCARAN TENAGA INSAN- MEMANCARKAN NUR QALBI DARI HASIL PEMYUCIAN HATI DATANGNYA DARI TENAGA ILLAHI AGAR MENJADI INSAN YG KASIHKAN ALLAH DAN RASULNNYA SERTA TEGAS DIDALAM AGAMA.
Pada kesempatan kali ini, akan dipaparkan adab berzikir dan tata cara zikir dengan harapan agar kita mendapatkan pengetahuan bagaimana berdzikir yang khusyuk agar kita bisa bertemu Allah SWT.
1. Membaca lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH. Artinya: Tiada Tuhan selain Allah. Zikir ini disebut zikir NAFI ISBAT. Paling tidak dibaca 100 kali setiap hari terutama dibaca setelah sholat fardhu. Khususnya setelah Maghrib, Isya dan setelah sholat subuh. Lafaz ILLA ALLAH ini disebut Isbat yang artinya pengecualian atas segala sesembahan kecuali hanya Allah SWT.
2. Membaca lafaz ALLAHU. Zikir ini disebut ISMU AL-ASMA, dibaca sebanyak 33 kali sehabis sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.
3. Membaca lafaz zikir HUWA ALLAH. Zikir inilah yang disebut sebagai zikir GHAIB AL ISMI. Zikir ini dibaca setiap hari sebanyak 33 kali, setelah sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.
4. Membaca zikir HUWA, HUWA. Zikir ini disebut sebagai zikir GHAIB AL GHAIB. Zikir ini dibaca sebanyak 34 kali setelah sholat fardhu, sehingga jumlahnya (total item 2,3,4) sebanyak 100 kali.
Adapun gerakan dalam melafazkan zikir NAFI ISBAT tersebut haruslah mengikuti aturan sebagai berikut:
1. Ketika membaca lafaz LA, maka dengan gerakan kepala, lafaz LA tersebut dimulai dari bahu kiri menuju ke bawah ke arah perut, kemudian diputarkan mengelilingi tali pusat lalu diteruskan ke arah atas menuju bahu kanan;
2. Pada waktu berada di bahu kanan itulah lafaz ILAHA diucapan sambil kepalanya dimiringkan ke arah belikat kanannya;
3. Sambil kepala ditekan ke arah hati sanubarinya, lafaz ILA ALLAH diucapkan dengan penekanan pada sudut kiri bawah dada.
Mengenal Maqam Sholat Da’im..
Sholat Da’im boleh ditakrif kan atau
diartikan sebagai sholat yang terus-menerus tanpa putus walaupun sesaat dalam
masa hidupnya seorang Salik,
~
cara nya adalah berusaha menyempurnakan
penyaksian diri sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap saat seperti
firman Allah yang artinya :
~
” YANG MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SHOLAT”
( Al-Makrij : 23).
~
Di dalam sholat tugas kita adalah
menumpahkan segala perhatian mata batin untuk menyaksikan diri
batin, dan telinga batin juga menumpah kan sepenuh perhatian nya kepada setiap
bacaan yg dibaca oleh angota zahir dan batin kita disepanjang mengerjakan
sholat tanpa mengalihkan perhatian kearah lain. (Inilah bakal si ahli kubur seperti aku GAGAL lakukan. Sebab macam-macam teringat. 5 minit sahaja. Mungkin manusia yang melihat macam sempurna gerakan rukunku, hakikatnya Allah sahaja tahu apa aku rasa.)
~
Adapun Sholat yang 5 waktu adalah merupakan
latihan peringkat awal untuk melatih diri kita supaya dapat menyaksikan diri
batin kita yang menjadi rahasia Allah Taala… (Berpuluh-puluh tahun aku bakal si ahli kubur sujud, sukar untuk merasai KHUSYUK. Maka itu aku sering tertanya & berdoa agar aku di permudahkan urusan kehidupan di dunia lebih-lebih lagi solatku. Aku ingin merasai kualiti solatku)
~
setelah sanggup membuat penyaksian diri
diwaktu kita menunaikan sholat, maka hendaknya kita melatih diri kita supaya
dapat menyaksikan diri batin kita pada setiap saat didalam masa hidup kita
dalam waktu dua puluh empat jam atau disepanjang hayat kita,
~
Itulah sebabnya kita diwajib kan
mengucapkan Syahadat.
~
Pada maqam ini kita berikrar dengan diri
kita sendiri untuk menyaksikan diri rahasia Allah itu pada setiap saat di dalam
waktu 24 jam sehari semalam.
~
untuk mempraktekkan penyaksian tersebut,
maka kita haruslah mengamalkan sholat da’im dalam hidup kita seharian seperti
yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah saw, nabi-nabi dan wali wali
yang agung.
~
Diantara syarat syarat untuk mendapatkan
maqam sholat da’im ini adalah sebagai berikut :
~
1- Hendaklah memahami dan berpegang teguh
dengan hakekat (melakukan zikir nafas),
~
2- haruslah terlebih dahulu berhasil
mendapat NUR QALBU yaitu hati nurani.
~
3- Telah mengalami proses pemecahan wajah
KHAWAS FI AL KHAWAS,
~
4- Juga memahami dan dapat berpegang dengan
penyaksian sebenarnya SYUHUD AL-HAQ,
~
Untuk mengamalkan dan mendapatkan maqam
sholat da’im ini seseorang itu harus lah memahami pula peringkat awalnya
tentang hakekat melakukan zikir nafas yaitu tentang gerak-geriknya : zikirnya..
lafaz zikirnya… letaknya.. dan sebagainya..,
~
Olehh karena itu amalkanlah zikir nafas itu
dengan sungguh sungguh supaya kita mendapat QALBU yaitu pancaran Nur di dalam
jantung kita yang menjadi sentral pemancar kepada makrifat untuk
me-makrifat-kan diri kita dengan Allah Taala.
~
Sesungguhnya hanya dengan zikir nafas
sajalah gumpalan darah hitam yang menjadi istana iblis di dalam jantung kita
akan hancur setelah itu baru terpancarlah NUR-QALBU dan kemudian terpancarlah
pula makrifah hingga sesorang itu memakrifatkan dirinya dengan Allah Taala dan
dapatlah sang diri rahasia Allah yang menjadi diri batin kita membuat hubungan
dengan diri ZATUL HAQ Tuhan Semesta Alam.
~
Latihan untuk menyaksikan diri ini
hendaklah dibuat berperingkat, diperingkat awal melalui sholat 5 waktu
~
Pada masa proses penyaksian diri ini
seseorang akan mengalami satu proses membebaskan diri batin (KHAWAS FI KHAWAS)
dari jasad dan dengan itu maka sesorang itu akan dapat melihat wajah kesatu
sampai dengan wajah kesembilan yaitu martabat yang paling tinggi…
~
Bila seseorang salik berjaya pada fasa
pemecahan wajah ini maka ia akan dapat membuat suatu penyaksian yang sebenarnya
pada setiap saat dimasa hidupnya… pada masa beribadah (acara sholat), ataupun
keadaan biasa.
~
Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat
martabat BAQA BILLAH yaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran,
penglihatan, perasaan dan sebagainya,dan pada tahapan ini mereka adalah seperti
orang awam dan sulit untuk kita mengetahui derajat dirinya dengan Allah Taala..
~
Umumnya mereka yang mencapai maqam sholat
da’im dapat kembali kehadirat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir
tanpa terpisahkan diantara satu sama lainnya,
~
Mereka dapat memilih apakah hendak mati
(meninggal) atau hendak ghaib….
~
Semoga Allah membimbing Kita semua
~
Wassalam.
Menurut pandangan ilmu makrifat,
ganjaran syurga, pahala atau peringatan azab neraka itu, bukan boleh
mendekatkan diri kepada Allah, malahan lebih bertambah jauhnya diri dari Allah.
Bila beramal nampak syurga, bererti kita kehilangan dari nampak Allah. Bila
beramal melihat pahala, bererti pandangan terhadap Allah, semakin kabur, pudar,
hilang malahan akan menyebabkan bertambah jauh dari ingat kepada Allah.
Bila hati asyik ingat kepada pahala atau
syurga, bila masa nak ingat Allah!. Bila hati asyik ingat takut kepada azab
neraka, bila masa nak ingat Allah!. Bila hati asyik ingat selain Allah, bila
masa hendak ingat Allah!. Ingat kepada yang selain dari Allah, menyebabkan
ingatan kepada Allah akan terhalang.
Tentang pahala syurga atau neraka itu,
biarlah kita serah kepada Allah yang menentukannya. Jika kita harapkan hanya
Allah, soal syurga neraka sudah tidak lagi menjadi idaman dan tidak lagi
menjadi tarikan hati.
Terima kasih diatas semua perkongsian
ilmunya disini...
Aamiin Ya Allah.. "
(Copy & Paste : ZZ)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ILMU yang mereka kongsikan kepada aku. Aku juga belum memahami. Tapi ini ku rasakan getaran Allah yang menggerakkan mereka kerana aku TERCARI-CARI bagaimana CARA untuk aku menikmati NIKMATNYA SOLAT itu.
Jujur ku katakan. Aku tahu solatku. Nampak sempurna gerakannya. Maka itu dalam penilaian manusia aku dapat A++++. Aku belajar Solat sewaktu aku kecil lagi. Ada ujian-ujian yang harus aku jawap dari segi teori dan perlaksanaan solat. Sebelum bersolat, harus sempurnakan wudhuk. Alhamdulillah kini aku berusia 30 tahun, tiba-tiba aku terfikir andai aku mati bagaimana amalan aku selama ini? Bukan aku tidak tahu ramai sahaja manusia lain yang diberikan HIDAYAH tentang ISLAM.
Kemudian aku mula bertanya kepada diri dan aku akui BENARLAH ISLAM AKU SECARA KETURUNAN. ILMU PENGETAHUAN SOLATKU aku belajar atas dasar KEWAJIPAN. Aku tahu BERDOSA kalau TINGGAL SOLAT. Aku belajar sebab AKU ISLAM. Betul aku tahu KHASIAT @ KELEBIHAN SOLAT WAJIB dan SOLAT SUNAT LAIN. Ya aku akui aku pernah melakukan SOLAT SUNAT YANG LAIN. Ya banyak aku dengar hadits yang disampaikan, yang aku baca. Ya aku hadiri majlis ILMU & KULIAH agama baik di MASJID/SEMINAR ataupun aku mendengar dan menonton di media elektronik. Maka aku simpulkan aku ini barangkali sekadar tahu tapi tidak ambil tahu dengan serius dan kurang kepedulian.
Ya aku ketahui cuma aku rasa ADA YANG KURANG DI HATI INI. Aku punyai segalanya. Bila aku resah masa ku di atas Sejadah tempat SUJUDKU sedikit lama. Ku sentuh Al-Quran. Ku pejam mata, ku peluk Al-Quran. Aku terasa sesuatu menyentuh jiwa. Ku kucup Al-Quran itu, yang satu tika dahulu aku selalu membacanya meskipun aku tak paham apa-apa. Selalu aku berdoa kepada DIA ALLAH "tunjukilah aku jalan yang lurus" kerana aku takut "andai kematianku menjadi sia-sia". Lewat perjalanan waktu aku tersedar aku ini terlalu kejar akan dunia. Aku ini rupanya mementingkan penilaian manusia.
Terdampar aku dalam group perkongsian ILMU berunsur keagamaan yang lebih kepada mendidik jiwa. Group yang banyak ustaz dan ustazah yang punyai ILMU tersendiri anugerah Allah. Masaku banyak aku habiskan dengan rancangan mendidik jiwa. Aku sekadar baca. Aku sekadar melihat dan mendengar. Sebab aku juga sibuk dengan urusan dunia. Lama-lama aku rasa HATI aku BERGETAR. Makin buat aku tertanya-tanya. Makin buat aku cemburu kepada perkongsian & mereka yang bukan ISLAM mendapat HIDAYAH. PEMAHAMAN + ILMU SOLAT + PERLAKSANAAN SOLAT mereka jauh lebih bagus dari apa yang aku lakukan selama hidup ini.
Aku benar-benar terpukul bila membaca hakikat SOLAT AMALAN PERTAMA YANG DIHISAP. Sebab aku tahu tahap pengertian khusyuk solatku. Hakikatnya untuk menyempurnakan 5 minit terasa bebanan yang sukar untuk FOKUS. Kerana TAKUT AKAN DOSA, aku tetap TERUSKAN KEWAJIPANKU. Saat aku menulis kala ini, PEMBELAJARAN SOLATKU YANG SEBENAR-BENAR SOLAT terasa SUKAR meraih rasa KHUSYUK. Tapi kata mereka yang lebih arif BERUSAHALAH kerana ALLAH yang akan menilai USAHA & IKHTIAR AKU. Lakukan kerana LILLAHITAALA. Ya tersangat SUKAR aku akui. Selagi aku BERNYAWA, ALLAH akan tetap menilai aku. Maka aku berdoa agar aku terus ISTIQOMAH dalam memahami SOLAT AKU SELAMA INI. Benar aku ingin merasai KHUSYUK YANG SEBENAR KHUSYUK.
Ya BETUL ILMU SOLAT yang aku ketahui mungkin sekadarnya. Aku rasa aku kurang PENGERTIAN SOLAT ITU SENDIRI. Maka sebab itu aku mula bertanya ke dalam diri. Apa MAHU ku. Mungkin SOLATKU selama ini hanya kadang-kadang meresapi jiwa. Bila aku mula mencari KENAPA AKU SOLAT? AKU TERASA DIRI SEMAKIN JAHIL. TERASA MAKIN BERDOSA. TERASA TERLALU BANYAK NIKMAT ALLAH YANG AKU DUSTAKAN. Terlalu banyak SIFAT MAZMUMAH dalam HATI aku ini.
Terima kasih kepada para saudara seagama yang berkongsi tidak kira video, suara mahupun tulisan. Doakan aku BERJAYA ISTIQOMAH dalam MENDIRIKAN SOLAT & MERASAI NIKMATNYA SOLAT SEBENAR-BENAR SOLAT.
PENDARAHAN HATI - ( samb. bah 1. MACAM SEMPURNA ! TAPI TAK SEMPURNA)
Entry ini lebih panjang. Semoga kita memikirkan. Aku bakal Si Ahli Kubur tak pandai sangat pun. Banyak dosa bergunung ganang.
Selalunya sebelum aku SOLAT,
perlakuan aku selama ini MEMANGLAH KENA ADA WUDHUK & memanglah aku NIAT nak
mendirikan SOLAT. Kemudian aku menghadap arah KIBLAT sambil berdiri tegak. Aku
cakap "Usolli...... lillahhitaala": Kemudian aku angkat TAKBIR
mulut aku sebut "Allahhu Akhbar" dengarlah
kat cuping telinga aku dan hati aku cakap terjemahan"Sahaja
aku......... kerana Allah Taala" (seiring dengan perbuatan anggota
tangan aku macam yang aku belajar - kemudian tangan aku qiam). Ikut rajin akulah.
Kadang-kadang aku baca DOA IFTITAH. Yang pasti BACA AL-FATIHAH WAJIB. Aku
buatlah sampai sudah. Kadang-kadang aku zikir sampai habis ayat qursi
baru aku ubah cara duduk aku. Tapi kadang-kadang aku istifar 3 x aku terus
BERDOA. Yang aku tahu, SAH SOLAT ikut 13 RUKUN, Bab yang sunat-sunat (tak buat tak berdosa pun, buat dapat pahala). Huhu...
Macam gambar di bawah inilah yang aku belajar 13 Rukun, Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah. Pergerakan semua sama. Kecuali Solat Subuh 2 rakaat (ada Doa Qunut - selepas rukuk rakaat kedua sebelum sujud masa berdiri aku angkat tangan baca Doa Qunut. habis Doa Qunut aku terus Sujud). Nak menulis tidak pandai. Tapi aku memang ikut cara solat yang aku belajar. Kalau boleh buat sahaja semua bacaan. Tak was-was sudah. Pastikan pergerakan yang rukun itu sempurna.
Niat Solat Fardhu ikut imam/makmum/sendiri
Niat -WAJIB/RUKUN |
TakbiratulIhram - WAJIB/RUKUN |
Sunat Hai'ah - Buat dapat pahala sunat. Tak buat pun tak apa. |
Al-Fatihah - WAJIB/RUKUN |
Pergerakan RUKUK (WAJIB/RUKUN), Bacaan RUKUK (Sunat Hai'ah) |
Pergerakan I'TIDAL (WAJIB/RUKUN), Bacaan (Sunat Hai'ah) |
Pergerakan Sujud (2x-WAJIB/RUKUN), Bacaan SUJUD (Sunat Hai'ah) |
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Sunat Hai'ah |
Pergerakan (Sunat Ab'Ad), Bacaan (Sunat Hai'ah) |
Pergerakan (WAJIB/RUKUN), Bacaan Tahiyat Akhir (Wajib/RUKUN), Bacaan Selawat Nabi (WAJIB/RUKUN), Bacaan Selawat ke atas Keluarga Nabi hingga akhir (Sunat) |
Pergerakan Salam Pertama (WAJIB/RUKUN) |
Bacaan masa solat Subuh ( Sunat Ab'Ad) |
Umumnya aku bakal si Ahli Kubur mengetahui 13 rukun Solat. Cuba kita tanya diri
BENAR-BENAR MEMAHAMIKAH 13 rukun ini? Tahukah dalam 13 rukun ini ada pembahagian rukun?? Kenalkah yang mana RUKUN dan SUNAT? Ini baru perkara ASAS SOLAT yang
WAJIB DIKETAHUI. Belum lagi bacaan di dalam solat. Apatah lagi memahami apa
yang dilafazkan (Bahasa Arab) dalam erti kata TERJEMAHAN BAHASA ARAB ke BAHASA
MELAYU. Syarat sah Solat????
JANGAN PERNAH BILANG LUPA.............. TAK INGAT.... HIDUP DAH BERAPA LAMA... 1 HARI 5 WAKTU SOLAT WAJIB.... BELUM LAGI SOLAT SUNAT YANG LAIN... NASIB SOLAT ITU MASIH DIKERJAKAN. BAGI YANG TERUS TINGGALKAN????? JANGAN BERI ALASAN GANGGUAN SYAITAN... ITU ADALAH FITRAH PERJANJIAN SYAITAN DENGAN ALLAH.. SYAITAN AKAN BUAT KERJA SYAITAN... KITA BUAT KERJA KITA.... BUKTIKAN KESUNGGUHAN KITA DALAM MENGEJAR REDHA DAN CINTA ALLAH. ALLAH PASTI BANTU...... ORANG LAIN TIADA HAK BUAT PENILAIAN KITA. SEBAB SEMUANYA AKAN ALLAH NILAI. BUMI INI UJIAN BUAT MANUSIA. LULUS ATAU GAGAL TUNGGULAH DI HARI KEBANGKITAN SEMULA... GANJARAN SYURGA ATAU NERAKA.
TAHNIAH!!!!!
Bagi bakal-bakal AHLI KUBUR dapat menghuraikan
lagi memahami KOMBINASI ASAS SOLAT + BACAAN + MEMAHAMI. Hasilnya yang diperolehi hanya DIRI SENDIRI yang MERASAInya.
Dalam aku si Ahli Kubur tersentak dengan perkongsian ustazah, yang aku masih samar-samar. Tiba-tiba ada ustaz yang berkongsi info di Group whatsaap tentang SOLAT JUGA tapi ILMU SOLAT yang lebih TINGGI. Aku bakal si ahli kubur rasa Alhamdulillah. Aku dapat pengetahuan baru. Betul lagi benar... SEMUA INI TIDAK MUDAH. Tapi berusahalah untuk PERBAIKI PERKARA UTAMA YANG DIHISAB IAITU SOLAT. Lain-lain AMALAN juga PENTING. Betul memang tidak MUDAH. Banyak HALANGAN. Kembali kepada HAKIKAT KEHIDUPAN. HIDUP INI UJIAN. DUNIA ini tempat BUAT AMAL. SEIMBANGKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT. Menulis nampak mudah, TAPI PERLAKSANAAN sebagai BUKTI??????????????
Semoga AKU KUAT lagi BERTABAH, semoga ALLAH
bantu aku dan kamu...... dalam proses pulang bertemu Allah dan Rasullullah.
PENDARAHAN HATI - SEMPURNA SOLAT ibarat SEMPURNA JASAD MANUSIA
Aku bakal si Ahli Kubur terdengar kupasan pengertian SOLAT dari Ustazah Dato Nik Noraini. Aku rasa saat itu.... seperti DURIAN yang GUGUR atas KEPALA. PENDARAHAN hingga KE HATI.. mungkin ini salah satu PUNCA KEGAGALAN SOLATKU... ini yang perlu aku UBAH dan PERBAIKI...
INI RINGKASAN CATITAN KEFAHAMAN AKU DARI
USTAZAH DATO NIK NORAINI.
Sempurna Solat boleh di ibaratkan seperti sempurnanya tubuh badan
manusia. Tubuh badan manusia yang ada "ROH" di dalamnya. Sebab itu SOLAT JUGA ADA ROH............
Rukun Solat itu seperti Kepala dan Badan
Sunat Ab’ad itu seperti Kaki dan tangan
Sunat Haiah itu seperti Bulu Perhiasan ( dari leher ke atas seperti misai,
kening, rambut).
Salah satu yang terkurang pasti ada kecacatannya. Jika rukun yang
tertinggal tidak sah solat. Solat tak dapat apa. Berdosa!
Renungkan SOLAT KITA SELAMA BERNYAWA??????????????????
Mendengar perkongsian ilmu dari Datin Nik Noraini baru AKU sedikit memahami BAGAIMANA SOLAT AKU selama hidup. Bagaimana
untuk melahir rasa khusyuk. Asasnya kena DIKUKUHKAN + DIFAHAMI + AMALAN SUNGGUH + BUAT TERUS BUAT. BAIKI & BAIKI. Pasti akan TEMUI KENIKMATAN SOLAT YANG BENAR-BENAR SOLAT. DOA MINTA PADA ALLAH. MINTA BANTUAN DARI ALLAH.
Kita jangan cakap lupa sebab 1 hari 5 waktu kita buat perkara wajib solat.Tanya diri kita, kita tahukah yang mana RUKUN & perkara SUNAT SOLAT. Kalau rukun pun kita tergagap-gagap menyebut bagaimana? Nak memahami BACAAN SOLAT apatah lagi. Cek diri masing-masing. Bagaimana pembentangan solat selama ini DI HADAPAN ALLAH PEMILIK ROH & JASAD KITA?????
Kita jangan cakap lupa sebab 1 hari 5 waktu kita buat perkara wajib solat.Tanya diri kita, kita tahukah yang mana RUKUN & perkara SUNAT SOLAT. Kalau rukun pun kita tergagap-gagap menyebut bagaimana? Nak memahami BACAAN SOLAT apatah lagi. Cek diri masing-masing. Bagaimana pembentangan solat selama ini DI HADAPAN ALLAH PEMILIK ROH & JASAD KITA?????
INGAT PERKARA PERTAMA YANG DIHISAB ALLAH ADALAH SOLAT
Sila TANYA DIRI KAU BAKAL SI AHLI KUBUR...
Aku MERENUNG DIRI.....
Ku tanya pada DIRI BAGAIMANAKAH PEMAHAMAN + PENGAMALAN KESUNGGUHAN AKU TENTANG KEPERLUAN & KEHENDAK NILAI KUALITI SOLAT DI DALAM HIDUPKU??????
Alangkah RUGI! RUGI! RUGI!.. kau BAKAL AHLI KUBUR.. kau ada ILMU... tapi
kau tidak amalkan ILMU untuk LAKUKAN SEGALANYA DEMI CINTA DIA ALLAH... memang
kau PENCURI si AHLI KUBUR...
bersambung........... KLIK SINI
(Nukilan Ahli Kubur)
BERDARAH HATI- Perkara Asas PERHITUNGAN KEHIDUPAN "SOLAT" yang manusia lupakan
Sila tikam hati
masing-masing. Berdarah! Hancur lunyai! Jangan muntah lagi bosan membaca. Ini yang aku rasakan di saat aku mula
bertanya kepada diri
"Andai aku mati saat ini... Andai aku mati.... Andai aku mati...
Bagaimana kehidupan aku di Alam Kubur. Cerita kubur yang aku selalu dengar
hanya yang ngeri-ngeri"
Wahai Si Ahli Kubur!
Tahukah Kau?
Apa kau lupa lagi lalai
dalam kehidupanmu atas dunia di sepanjang umurmu?
Jawapannya: SOLAT! SOLAT! SOLAT!
Klik Oh! SOLATKU
Aku juga tahu SOLAT INI
IBARAT TALIAN HAYAT TERUS BICARA aku DENGAN ALLAH YANG MAHA MENCIPTAKAN aku DAN
SEISI ALAM TANPA PENGANTARAAN MAKHLUK. Subhanallah ! Alhamdulillah !
AllahhuAkhbar! Laillahaillallah! mudahnya nak jumpa dengan Allah.
"TAPI kau AHLI KUBUR, SOMBONG! MUNAFIK! EGO! BONGKAK! TAKABBUR!
ALPA! PENCURI TERHEBAT...... Di saat kau jumpa Allah tuhan yang mengizinkan kau
bernafas di atas muka bumiNya, yang memberi kau segalanya, di saat kau berjumpa
DIA... bagaimana persediaan HATI KAU AHLI KUBUR..
Di mana RASA TAKUT KAU AHLI KUBUR...
Di mana BUKTI KECINTAAN KAU AHLI KUBUR...
DIMANAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....
tunggulah saat Rohmu dipanggil pulang bertemu Allah kelak.. wahai si
ahli kubur... kau juga akan seperti mereka yang terdahulu.... sebelum kau Ahli
Kubur di jemput PULANG... perbaikilah segala SOLAT dan amal mu... agar
kematianmu ahli kubur tidak sia-sia..."
Angan-angan
SI PENGHUNI KUBUR (dah MATI) ingin sekali kembali ke dunia. Sebab apa? Sebab
UTAMA nak jadi orang saleh. Ingin taat kepada Allah. Ingin sekali mengejar lagi
membuktikan kecintaan mereka kepada Allah. Ingin perbaiki kehidupan yang lalu.
Mahu banyak Zikir dan lain-lain. Tapi, angan-angan itu hanya angan-angan
Allah ta’ala berfirman
mengenai mereka
>حَتَّى إِذَا جَاءَ
أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا
فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ
بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)
“Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia
berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih
terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah
perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari
mereka dibangkitkan.” (Qs Al Mukminun: 99-100)
Fikirkanlah...fikirkanlah...fikirkanlah...
SIBUK KAU AHLI KUBUR...
MENCARI HARTA DUNIA...
YANG KAU KATA NAK
DIJADIKAN BEKALAN KE ALAM KUBUR...
KAU TERLUPA AHLI
KUBUR...
SIAPAKAH PEMBERI SEMUA
ITU......?????????????????
JAWAPANNYA
SATU.... DIALAH ALLAH...
Perkara UTAMA yang ALLAH HISAB adalah SOLATMU...SOLATMU...SOLATMU...
AHLI
KUBUR.....
Jadi BAGAIMANAKAH
PERSEMBAHAN SOLATMU kepada DIA yang menciptakan dan memberikanmu segalanya AHLI
KUBUR...............
DI MANAKAH LETAKNYA
KEYAKINAN DAN KETAQWAAN KAU AHLI KUBUR TENTANG DIA... ALLAH PEMILIK
NYAWAMU.....
Subscribe to:
Posts (Atom)